Buy Vanilla Beans Here

Tuesday, 22 March 2016

Muji Cleansing Oil review

Assalamualaikum & Salam Vanilla semua,
Sebenarnya entry ni dah lama, cuma tertinggal dalam bentuk draft sahaja. Baru sekarang ada masa nak duduk di depan PC untuk edit kembali entry ini.

Bagaimana fida boleh terjumpa MUJI cleansing oil? asalnya kerana fida pada mulanya guna biore makeup cleansing water, tetapi fida dah guna separuh botol fida terbaca mengenai hydrolyzed collagen yang tersenarai di dalam kandungan cleansing water tersebut. oleh kerana was was fida buang cleansing water tersebut kerana hydrolyzed collagen dihasilkan dari binatang cuma kita perlu tahu binatang darat atau laut. oleh kerana fida tidak tahu customer service biore Malaysia, maka Fida pun mengambil keputusan untuk meninggalkan cleanser tersebut dan buang.

Fida kembali kepada oil cleansing method cuma kekurangan oil cleansing method ianya perlu dibilas dengan air hangat. Tu yang tak berapa best tu, ada masa tak berapa rajin nak masak air semata-mata nak basuh muka. hahahaha  Nak beli cleansing oil shu uemura mahal sangat. 1 botol kecil dah cecah ratusan RM.

Sudahnya 1 hari berwindow shopping di Kedai MUJI cawangan Sunway Pyramid. fida ternampak mereka ada jual cleansing oil yang bertindak seakan-akan sama seperti jenama terkemuka di atas. dan travel size dia pula baru berbelas ringgit. boleh lah hendak mencuba. :) sekali bila dah cuba suka sangat sbb dia tanggal mekap pun senang. mascara pun senang cuma kena urut dengan lemah gemalai di kawasan mata dan bulu mata. ianya mengambil masa sedikit lama dari makeup remover biasa but it is very worth it. Harga pun jimat dan mudah nak bersihkan- hanya renjis air biasa menjadi milky dan bilas seperti biasa.

Semenjak dari itu, Fida menjadi obses dengan product muka dari MUJI.  Ye fida pakai produk muka Dragon Blood. Tetapi oleh kerana kulit muka fida terlalu kering samada ianya proses pra matang kulit muka sbb umur pun dah 30an, lagi 5 tahun ke 40an (huhuhu menangis umur semakin lanjut amalan masih sedikit,) ataupun sebab fida basuh muka dengan sabun buatan fida (huhuhu) Fida pun menambah beberapa produk di antara penggunaan produk Dragon Blood kerana fida perlukan sangat hydration di muka.


Produk muka DB mempunyai cleanser, day beauty oil dgn night serum.
So fida fill in produk2 yang memberikan moisture kepada muka fida. Lagipun fida memang ada baca bahawa boleh kita mencampurkan adukkan produk muka asalkan bukan untuk rawatan seperti whitening treatment atau acne treatment, yang itu wajib pakai 1 set untuk keberkesanan.

Oklah. Sekian testimoni MUJI cleansing oil kali ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.

Fida sertakan sekali bagaimana cleansing oil menjadi milky apabila direnjis air. Best kan? :)


Salam Vanilla
Fida Vanilla

No comments:

Post a Comment