Buy Vanilla Beans Here

Friday, 4 March 2016

Jom Jimat: Bagaimana untuk membuat Makeup Setting Spray

Assalamualaikum dan Salam Vanilla

      Entry untuk kali ini, adalah entry Jom Jimat. Bagaimana untuk Makeup Setting Spray Sendiri di rumah. Seperti fungsi Spray Rambut, makeup setting spray berfungsi untuk 'fix'kan mekap kita agar kekal di muka. Sebelum mula mekap spray sekali, selepas mekap spray lagi sekali. Fida tengok kebanyakan mekap artis di youtube menggunakan makeup setting spray.
   
     Fida pun mula mencari mekap setting spray ini, namun terkedu dengan harganya sebotol kecil lebih kurang 120ml sudah mencecahkan rm70++. Bila buat DIY ini, kos untuk 300ml tak sampai rm10.00
 
     Fida pun mula google, apakah cara lain untuk fix kan mekap? rupanya ada resipi untuk menghasilkan DIY makeup spray ini. Fida akan share, tapi di dalam video adalah kombinasi semua ini. Sebenarnya kebanyakan menggunakan witch hazel, namun itu hanya optional da agak sukar untuk dibeli kecuali melalui pembelian online. Resipi-resipi fida akan kongsi di sini tidak menggunakan witch hazel tapi bahan-bahan senang didapati di Malaysia.

    Air yang digunakan seeloknya distilled bottle water, tapi sekiranya inginkan keberkatan Zam Zam, boleh digantikan dengan Air Zam Zam. Since tiada preservative, ketahanan makeup spray ini adalah sehingga 7 atau ke 10 hari. bagaimana untuk ketahui ia masih elok, selagi air tidak berbau masam, masih lagi boleh guna, walau tidak berbau masam pun, lepas 10 hari buat mekap spray baru.

Resipi boleh dikurangkan mengikut keperluan.

Resipi 1 Aloe Vera Setting Spray

100ml aloe vera gel
200ml distilled water

Masukkan ke dalam botol spray daiso. dan goncang hingga sebati. dah boleh terus guna.

Resipi 2 Rose Water Setting Spray

150ml air mawar
150ml distilled water

Resipi 3 Vegetable Glycerin Setting Spray

75ml vegetable glycerin
225ml distilled water

Sekiranya inginkan wangin, boleh letak pure essential oil, tapi tidak melebihi 5 titik dari resipi di atas. Setting spray ini juga boleh dijadikan sebagai facial mist.

Fida sertakan sekali video DIY Makeup Setting Spray

Semoga Bermanfaat

Salam Vanilla
Fida Vanilla

1 comment: