Buy Vanilla Beans Here

Friday, 4 March 2016

BoBoiBoy Movie: There might be some spoiler or not. ;)

Assalamualaikum & Salam Vanilla


       
             Seperti tajuk diatas, entry kali ini mengenai wayang terbaru Boboiboy The Movie. Semalam fida sekeluarga pergi menonton Boboiboy The Movie sempena menyambut hari ulangtahun ke 8 anak sulung fida. Kalau tak memang tak bawa budak menonton wayang pada hari sekolah.
            kami membeli tiket online, tapi sekarang rupanya dah paperless, just scan barcode kat gate tu sahaja, semua boleh masuk, memang jakunlah bahasa orang Johor.
            Permulaan BoBoiBoy, fida sedikit sebanyak mengetahui watak-watak didalam kartun ini, Boboiboy, Gopal, yaya, ying, fang adudu probe and so on. terdapat jugak watak-watak baru namun ianya sesuatu yang baru bagi suami Fida. Bukan sahaja anak-anak suka, suami pun terhibur sama.
            Jalan cerita menarik, sebab ia akan tiba satu masa yang kita geram sangat dengan villain-villain di dalam cerita. It also has sense of humour yang anak-anak dan ibu bapa turut gelak bersama. it also has some emotional feeling that we can relate to without even being overdoing it.
           Fida tak nak cerita lebih, sebab cerita baru keluar kat panggung wayang, tapi fida banggalah kerana ceritanya adalah lebih kurang sama in terms of fighting spirit ( semangat perjuangan ) and friendship bond ( hubungan setiakawan) di dalam cerita ola bola. and last night pun, bila cerita tamat satu panggung bertepuk tangan mengisyaratkan Welldone Malaysia, akhirya kita dah mula buat movie bukan pasal cinta sahaja tapi selain dari itu dan ianya amat bagus sekali. Grafik pula, mungkin boleh dipertingkatkan lagi. Dengar kata akan ada sequel seterusnya?
           Pun begitu, bukan hanya anak-anak yang terhibur, fida dan suami pun akan turut suka untuk menonton sequel juga. Syabas Malaysia!!
         

Salam Vanilla
Fida Vanilla

No comments:

Post a Comment