Buy Vanilla Beans Here

Tuesday, 22 March 2016

Muji Cleansing Oil review

Assalamualaikum & Salam Vanilla semua,
Sebenarnya entry ni dah lama, cuma tertinggal dalam bentuk draft sahaja. Baru sekarang ada masa nak duduk di depan PC untuk edit kembali entry ini.

Bagaimana fida boleh terjumpa MUJI cleansing oil? asalnya kerana fida pada mulanya guna biore makeup cleansing water, tetapi fida dah guna separuh botol fida terbaca mengenai hydrolyzed collagen yang tersenarai di dalam kandungan cleansing water tersebut. oleh kerana was was fida buang cleansing water tersebut kerana hydrolyzed collagen dihasilkan dari binatang cuma kita perlu tahu binatang darat atau laut. oleh kerana fida tidak tahu customer service biore Malaysia, maka Fida pun mengambil keputusan untuk meninggalkan cleanser tersebut dan buang.

Fida kembali kepada oil cleansing method cuma kekurangan oil cleansing method ianya perlu dibilas dengan air hangat. Tu yang tak berapa best tu, ada masa tak berapa rajin nak masak air semata-mata nak basuh muka. hahahaha  Nak beli cleansing oil shu uemura mahal sangat. 1 botol kecil dah cecah ratusan RM.

Sudahnya 1 hari berwindow shopping di Kedai MUJI cawangan Sunway Pyramid. fida ternampak mereka ada jual cleansing oil yang bertindak seakan-akan sama seperti jenama terkemuka di atas. dan travel size dia pula baru berbelas ringgit. boleh lah hendak mencuba. :) sekali bila dah cuba suka sangat sbb dia tanggal mekap pun senang. mascara pun senang cuma kena urut dengan lemah gemalai di kawasan mata dan bulu mata. ianya mengambil masa sedikit lama dari makeup remover biasa but it is very worth it. Harga pun jimat dan mudah nak bersihkan- hanya renjis air biasa menjadi milky dan bilas seperti biasa.

Semenjak dari itu, Fida menjadi obses dengan product muka dari MUJI.  Ye fida pakai produk muka Dragon Blood. Tetapi oleh kerana kulit muka fida terlalu kering samada ianya proses pra matang kulit muka sbb umur pun dah 30an, lagi 5 tahun ke 40an (huhuhu menangis umur semakin lanjut amalan masih sedikit,) ataupun sebab fida basuh muka dengan sabun buatan fida (huhuhu) Fida pun menambah beberapa produk di antara penggunaan produk Dragon Blood kerana fida perlukan sangat hydration di muka.


Produk muka DB mempunyai cleanser, day beauty oil dgn night serum.
So fida fill in produk2 yang memberikan moisture kepada muka fida. Lagipun fida memang ada baca bahawa boleh kita mencampurkan adukkan produk muka asalkan bukan untuk rawatan seperti whitening treatment atau acne treatment, yang itu wajib pakai 1 set untuk keberkesanan.

Oklah. Sekian testimoni MUJI cleansing oil kali ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.

Fida sertakan sekali bagaimana cleansing oil menjadi milky apabila direnjis air. Best kan? :)


Salam Vanilla
Fida Vanilla

Friday, 4 March 2016

Jom Jimat: Bagaimana untuk membuat Makeup Setting Spray

Assalamualaikum dan Salam Vanilla

      Entry untuk kali ini, adalah entry Jom Jimat. Bagaimana untuk Makeup Setting Spray Sendiri di rumah. Seperti fungsi Spray Rambut, makeup setting spray berfungsi untuk 'fix'kan mekap kita agar kekal di muka. Sebelum mula mekap spray sekali, selepas mekap spray lagi sekali. Fida tengok kebanyakan mekap artis di youtube menggunakan makeup setting spray.
   
     Fida pun mula mencari mekap setting spray ini, namun terkedu dengan harganya sebotol kecil lebih kurang 120ml sudah mencecahkan rm70++. Bila buat DIY ini, kos untuk 300ml tak sampai rm10.00
 
     Fida pun mula google, apakah cara lain untuk fix kan mekap? rupanya ada resipi untuk menghasilkan DIY makeup spray ini. Fida akan share, tapi di dalam video adalah kombinasi semua ini. Sebenarnya kebanyakan menggunakan witch hazel, namun itu hanya optional da agak sukar untuk dibeli kecuali melalui pembelian online. Resipi-resipi fida akan kongsi di sini tidak menggunakan witch hazel tapi bahan-bahan senang didapati di Malaysia.

    Air yang digunakan seeloknya distilled bottle water, tapi sekiranya inginkan keberkatan Zam Zam, boleh digantikan dengan Air Zam Zam. Since tiada preservative, ketahanan makeup spray ini adalah sehingga 7 atau ke 10 hari. bagaimana untuk ketahui ia masih elok, selagi air tidak berbau masam, masih lagi boleh guna, walau tidak berbau masam pun, lepas 10 hari buat mekap spray baru.

Resipi boleh dikurangkan mengikut keperluan.

Resipi 1 Aloe Vera Setting Spray

100ml aloe vera gel
200ml distilled water

Masukkan ke dalam botol spray daiso. dan goncang hingga sebati. dah boleh terus guna.

Resipi 2 Rose Water Setting Spray

150ml air mawar
150ml distilled water

Resipi 3 Vegetable Glycerin Setting Spray

75ml vegetable glycerin
225ml distilled water

Sekiranya inginkan wangin, boleh letak pure essential oil, tapi tidak melebihi 5 titik dari resipi di atas. Setting spray ini juga boleh dijadikan sebagai facial mist.

Fida sertakan sekali video DIY Makeup Setting Spray

Semoga Bermanfaat

Salam Vanilla
Fida Vanilla

BoBoiBoy Movie: There might be some spoiler or not. ;)

Assalamualaikum & Salam Vanilla


       
             Seperti tajuk diatas, entry kali ini mengenai wayang terbaru Boboiboy The Movie. Semalam fida sekeluarga pergi menonton Boboiboy The Movie sempena menyambut hari ulangtahun ke 8 anak sulung fida. Kalau tak memang tak bawa budak menonton wayang pada hari sekolah.
            kami membeli tiket online, tapi sekarang rupanya dah paperless, just scan barcode kat gate tu sahaja, semua boleh masuk, memang jakunlah bahasa orang Johor.
            Permulaan BoBoiBoy, fida sedikit sebanyak mengetahui watak-watak didalam kartun ini, Boboiboy, Gopal, yaya, ying, fang adudu probe and so on. terdapat jugak watak-watak baru namun ianya sesuatu yang baru bagi suami Fida. Bukan sahaja anak-anak suka, suami pun terhibur sama.
            Jalan cerita menarik, sebab ia akan tiba satu masa yang kita geram sangat dengan villain-villain di dalam cerita. It also has sense of humour yang anak-anak dan ibu bapa turut gelak bersama. it also has some emotional feeling that we can relate to without even being overdoing it.
           Fida tak nak cerita lebih, sebab cerita baru keluar kat panggung wayang, tapi fida banggalah kerana ceritanya adalah lebih kurang sama in terms of fighting spirit ( semangat perjuangan ) and friendship bond ( hubungan setiakawan) di dalam cerita ola bola. and last night pun, bila cerita tamat satu panggung bertepuk tangan mengisyaratkan Welldone Malaysia, akhirya kita dah mula buat movie bukan pasal cinta sahaja tapi selain dari itu dan ianya amat bagus sekali. Grafik pula, mungkin boleh dipertingkatkan lagi. Dengar kata akan ada sequel seterusnya?
           Pun begitu, bukan hanya anak-anak yang terhibur, fida dan suami pun akan turut suka untuk menonton sequel juga. Syabas Malaysia!!
         

Salam Vanilla
Fida Vanilla

Tuesday, 1 March 2016

Sharing Moments: ini ialah product yang fida pakai di muka.

Assalamualaikum & Salam Vanilla, 
Di dalam entry kali ini, fida nak berkongsi bersama produk-produk yang fida pakai elok untuk muka fida. Ye, fida campur adukkan jenama produk. kerana fida tahu kulit muka fida bagaimana. Dan Fida harap perkongsian ini, akan memberi para pembaca sedikit idea dalam mencari produk penjagaan muka yang ideal untuk kalian. 


Ini adalah produk-produk yang fida pakai waktu siang. 
Dari kiri,
 i. Dragon's Blood Natural Cleanser, 

ii.Kemudian fida pakai hada labo lotion light sebab fida tak suka kelekitan lotion hada lado yang diiklankan di TV, lotion hada labo ni dah nak habis, fida akan switch to MUJI lotion for combination skin, warna oren. 

iii. SKII essence ( pun dah nak habis, bagus tapi mahal, lepas ni fida switch to MUJI anti aging moist essence lotion sebab dia pekat macam serum ) 

iii.kemudian fida pakai dengan Dragon's Blood Day Beauty Oil ( ini fida pakai as moisturizer, since it's oil based, so i need some moisturising ingredient, tu yg pki essence di atas ) 

iv. untuk hari yang agak panas, fida spray muka dengan facial mist, ni cuma rm10 kat yubiso

v. kalau keluar masa tu panas matahari membahang & kalau rajin, fida pakai sunscreen. :)

Ni untuk malam pula. 
i. MUJI cleansing oil. 
ii. fida guna sk2 dr set groupon fida beli, ni je foam cleanser yg ada kt rumah that lathers well with po bling ni. baru start pakai, oklah.... 
iii. pakai hada labo lotion light 
iv. dragon's blood sleeping serum 
v. sk2 moisturizer. ( sbb dr set groupon yang fida beli ) 


ni dia bedak sejuk fida pakai hampir setiap hari. fida terbaca pepatah kecantikan wanita asia adalah 

Fida pun mula buat sedikit kajian, rupanya serbuk kayu thanaka adalah bedak sejuk yang orang myamnar pakai untuk kecantikan kulit mereka. tapi fida tidak mahu pakai premade tanaka paste, fida mencari serbuk kayu thanaka sebab nak buat DIY masker thanaka di rumah. Alhamdulillah fida jumpa produk ini, serch di FB. Fida pakai as bedak sejuk setiap hari. kulit mmg rasa lembut dan tidak mengeringkan. 

Di harap entry kali ni membantu bagi kalian semua mencari the right skincare for your skin type. ada orang suka set, tapi fida mix match begini, alhamdulillah kulit lebih elok dari pakai set. selepas produk2 sk2 habis, fida akan guna MUJI, kerana ianya jimat dari hada labo, dan fida percaya dengan teknologi jepun di dalam penjagaan kulit muka, based on the experience fida guna hada labo. 

untuk produk sk2, dia memang elok tapi dia mahal. tapi pitera kita boleh buat sendiri di rumah. kerana nutrisi pitera dihasilkan dari penapaian air beras. maknanya cuci muka dengan air beras yang dibiarkan semalaman insyaAllah akan dapat hasil seperti pakai produk ada pitera. maybe bila Aloe vera gel fida dah habis, fida akan gantikan dengan air beras semalaman. :)  

Cara-cara untuk memakai bedak sejuk thanaka. 
setengah sudu besar serbuk kayu thanaka
setengah sudu besar aloe atau air beras atau air mawar pun boleh
kemudian gaul hingga sebati, sapu muka seperti pakai masker. 
boleh dibawa tidur atau 
pakai seperti masker biasa = selepas 30minit cuci. 


Semoga bermanfaat :) 
Salam Vanilla 
Fida Vanilla
+60132877769