Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

SPICED SALMON WITH CAULIFLOWER PUREE & ORANGE BUTTER SAUCE

Copy Paste Dari FB: Lya Uzir Creative Living

SPICED SALMON WITH CAULIFLOWER PUREE & ORANGE BUTTER SAUCE

Bahan-bahan
500ml (2 cawan) jus oren
800 gram kobis bunga
4 sudu besar mentega
1 sudu besar parutan kulit oren
1/4 cawan krim
1 sudubesar tepung gandum
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
6 keping potongan ikan salmon
Minyak zaitun
1-2 biji oren - dibuang kulit dan dileraikan ulasnya
Beberapa tangkai daun kucai - di hiris
Sedikit mentega- untuk tujuan menggoreng.

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 190 darjah celcius.
- Didihkan jus oren didalam periuk dengan api yang kuat sehingga jus oren berkurangan kepada 100ml. Tutup api dan ketepikan.
- Kemudian, rebus kobis bunga dan sedikit garam sehingga lembut. Tutup api, tapis dan sejukkan seketika. Kemudian, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar bersama sedikit garam, lada hitam, mentega, kulit oren dan krim. Kisar sehingga semuanya menjadi hancur dan halus. Ketepikan.
- Campurkan tepung di dalam satu bekas bersama serbuk cili, serbuk jintan putih, garam dan lada secukupnya, dan salut kedua-dua belah bahagian ikan salmon.
- Panaskan kuali dengan api yang sederhana, masukkan sedikit mentega dan minyak. Kemudian masukkan ikan salmon dan goreng kedua-dua belah bahagian seketika lebih kurang 1 minit setiap bahagian. Selepas itu, alihkan ikan tersebut dan letakkan di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar selama 5-6 minit.
-Didihkan jus oren didalam periuk dengan api yang kuat sehingga jus oren menjadi berkurangan kepada setengah dan pekat. Masukkan ulas buah oren dan masak seketika. Taburkan sedikit daun kucai dan tutup api.
- Hidangkan ikan salmon ini di atas puri kobis bunga dan juga sos oren.



Gambar Oleh: Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment