Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

SALMON QUICHE

Copy Paste dari FB: 
Lya Uzir Creative Living

SALMON QUICHE

Bahan- bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan cottage cheese
125 gram salted butter- dicairkan
1 labu bawang besar - dipotong dadu
210 gram ikan salmon - di buang tulang dan di hiris nipis
3/4 cawan krim/ susu sejat
8 auns cheddar cheese - di parut
4 biji telur
Garam
Serbuk Lada hitam
Secubit sebuk bawang putih
Secubit 'dried parsley'
1 tangkai daun dill - dihiris halus

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 190 degree C.
- Satukan tepung dan cottage cheese di dalam mangkuk. Campurkan mentega dan ramas bahan-bahan ini dengan menggunakan hujung jari sehingga ianya menjadi seperti serbuk roti. Kemudian, uli sehingga menjadi doh. Balut dengan plastik/cling wrap dan sejukkan dahulu di dalam peti ais selama 1 jam.
- Keluarkan doh dan letakkan di dalam bekas pie dengan menekan doh tersebut di dasar dan disekeliling bekas pie.
- Masukkan 8 auns cheddar cheese, telur dan krim/susu sejat di dalam mesin pengisar. Kisar kesemua bahan-bahan sehingga ianya menjadi halus. Kemudian taburkan ikan salmon dan bawang besar ke dalam bekas yang doh tadi. - Tuangkan bancuhan telur tadi ke atasnya. Taburkan 1/4 cawan parutan cheddar cheese di atasnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar dengan kepanasan 200 degrees C selama 10 minit kemudian perlahankan suhu kepada 180 degrees C dan bakar selama 35 minit sehingga ianya menjadi keperang-perangan.

Gambar dari:
Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment