Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

Resepi Baked Salmon Paprika

Copy Paste dari FB: Lya Uzir Creative Living

BAKED SALMON PAPRIKA

Bahan- bahan:
2 keping potongan ikan salmon
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cayyene pepper
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula perang
1 biji lemon - dihiris bulat 1 sudu besar minyak olive atau mentega cair

Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan kecuali buah lemon. Dalam pada masa yang sama panaskan ketuhar kepada 170-180 darjah celcius.
- Lumurkan bahan- bahan tersebut pada ikan salmon. Biarkan seketika dalam lingkungan 15-20 minit.
- Kemudian, panaskan kuali tuangkan sedikit minyak olive atau mentega cair. -Masukkan ikan salmon dan masak sehingga kedua-dua belah permukaan ikan salmon garing. Tutup api.
- Kemudian, letak di atas loyang/ bekas yang telah dilapik dengan kertas timah untuk dimasukkan ke dalam ketuhar. Aturkan kepingan lemon di atas ikan salmon dan masukkan ke dalam ketuhar. Masak sehingga ikan salmon masak sepenuhnya.


Kredit Gambar: Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment