Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

PAN SEARED BALSAMIC SALMON WITH SLAW

Copy Paste dari FB: 
Lya Uzir Creative Living

PAN SEARED BALSAMIC SALMON WITH SLAW

Bahan-bahan:
4 keping ikan salmon
1 inci halia - dihiris nipis
1 biji capsicum merah - dibuang biji dan dipotong dadu
1/2 cawan carrot- dihiris panjang dan nipis
1/2 cawan batang broccoli-dihiris panjang dan nipis
1/2 cawan kobis-dihiris panjang dan nipis
1/2 cawan kobis ungu-dihiris panjang dan nipis
2 sudu besar cuka
2 sudu besar halia - dicincang halus
2 sudu besar gula perang
1 cawan air
1/4 cawan cuka balsamic
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
1 sudu besar kepingan cili merah
Minyak
Minyak bijan

Sos kicap - untuk disatukan didalam mangkuk kecil:
1/4 cawan kicap cair
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos Lea and Perrins
1/4 salt

Cara membuatnya:
- Perapkan ikan dengan garam dan lada hitam. Biarkan sektika
- Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan satu sudu kecil minyak bijan. Panaskan dengan menggunakan api yg kuat. Masukkan halia dan kepingan cili merah dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan capsicum dan kacau sebentar. Kemudian masukkan carrot dan batang broccoli dan kacau. Kemudian tutup kuali itu dengan penutup dan perlahankan api. Biarkan seketika sehingga carrot dan batang broccoli lembut baru dimasukkan sayur kobis dan kobis ungu.
- Kemudian masukkan sos kicap yang telah disatukan di dalam mangkuk terlebih dahulu. Gaul sehingga sebati dan tutup api.
- Untuk ikan pula, panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masukkan ikan dan masak ikan sehingga kedua-dua bahagian ikan menjadi perang. - Hidangkan sayur tadi terlebih dahulu di atas pinggan dan kemudian baru di letakkan ikan di atasnya.
- Untuk sos sapuan (glaze), satukan air, balsamic vinegar, cuka, halia dan gula perang terlebih sahulu. Kemudian panaskan kembali kuali yg digunakan untuk memasak ikan. Buang lebihan minyak, masukkan bahan-bahan tadi dan biarkan ianya mendidih sehingga menjadi pekat.
- Setelah ianya pekat, tutup api dan tuangkan sos sapuan (glaze) di atas ikan.

Kredit Gambar : Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment