Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

ORANGE CORIANDER MARINATED SALMON

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

ORANGE CORIANDER MARINATED SALMON

Bahan-bahan:
4 keping potongan ikan salmon
1 sudu besar biji ketumbar
4-6 helai daun bawang - di hiris.
4-5 ulas bawang putih - di hiris nipis
2-3 biji cili merah - dibuang biji dan di hiris nipis
3 helai daun bay
2 sudu besar daun ketumbar - di potong
3/4 cawan jus oren
3 sudu besar cuka epal cider
Gula
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun / minyak canola / minyak sayuran

Cara membuatnya:
- Panaskan kuali non-stick dan letakkan sedikit minyak. Masukkan ikan salmon dan goreng ikan salmon kedua-dua belah bahagian sehingga ianya masak sepenuhnya. Kemudian tutup api dan letakkan ikan salmon didalam bekas.
- Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng biji ketumbar tanpa minyak. Goreng sehingga ianya naik bau dan tutup api. Keluarkan biji ketumbar dan tumbuk sedikit biji ketumbar itu tadi.
- Di dalam bekas yang lain, satukan daun bawang, bawang putih, cili, daun bay, daun ketumbar, jus oren,cuka epal cider, gula, garam dan lada hitam. Kacau sebati. Kemudian campurkan biji ketumbar yg telah di tumbuk sedikit tadi. -Tuangkan ke atas ikan salmon dan tutup bekas yang berisi ikan salmon tadi dengan 'cling wrap' . Masukkan kedalam pet ais dan biarkan ianya selama 12 jam.
- Hidangkan ikan salmon ini pada suhu bilik.


Gambar : Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment