Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

MAYONNAISE SALMON CAKES

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

MAYONNAISE SALMON CAKES

Bahan-bahan:
250 gram ikan salmon
4 sudu besar minyak zaitun
4 sudu besar mentega
Garam
Serbuk lada hitam
3/4 cawan bawang besar- dipotong dadu
1 1/2 cawan daun saderi - dipotong dadu
1/2 cawan lada benggala merah - dipotong dadu
1/2 cawan lada benggala kuning - dipotong dadu
1/4 cawan daun sup - dicincang halus
1 sudu besar capers
1/4 sudu kecil hot sauce
1/2 sudu kecil sos Worcestershire
1 1/2 sudu kecil stok pati ikan
1 cawan serbuk roti
1/2 cawan mayonis
2 sudu kecil mustard
2 biji telur- dipukul

Cara membuatnya:
- Letakkan ikan salmon di atas dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan kertas . Sapukan minyak zaitun pada kedua- dua bahagian ikan salmon. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Masak di dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius. Masak selama 15-20 minit, atau sehingga ikan masak. Keluarkan ikan dan tutup dengan kertas timah. Biarkan selama 10 minit dan kemudian baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Sementara itu, panaskan 2 sudu besar mentega dengan 2 sudu besar minyak zaitun. Tumiskan bawang besar, daun saderi, lada benggala merah dan kuning, daun sup,capers, 'hot sauce' , sos Worcestershire, stok pati ikan, sedikit garam dan lada hitam. Tumis bahan-bahan ini sehingga sayur-sayuran tadi menjadi empuk.
- Kemudian, hancurkan isi ikan salmon di dalam mangkuk yang besar. Campurkan dengan serbuk roti, mayonis, telur, mustard dan sayur-sayuran yang telah dimasak tadi. Gaul sebati. Tutup mangkuk dengan plastik 'cling wrap' dan sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk selama 30 minit. Kemudian keluarkan dan bentukkan menjadi bentuk kek bulat yang kecil.
- Panaskan lebihan mentega dengan minyak zaitun tadi. Goreng kek salmon ini sehingga kedua-dua belah kek menjadi kuning keemasan.


Gambar: Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment