Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

GRILLED SALMON WITH BALSAMIC ROSEMARY GLAZE

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

GRILLED SALMON WITH BALSAMIC ROSEMARY GLAZE

Bahan- bahan:
4-6 keping potongan ikan salmon
2 labu bawang besar - di belah dua dan dihiris nipis
2-3 tangkai daun rosemary
Cuka balsamic
Minyak zaitun
Garam
Lada hitam

Cara membuatnya:
- Untuk sos balsamic bawang, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sehingga menjadi layu. Kemudian masukkan setengah daripada 1/3 cawan cuka balsamic kepada bawang itu tadi. Biarkan ianya mereneh dan meresap masuk ke dalam bawang itu tadi. Kemudian masukkan lebihan cuka balsamic itu tadi dan biarkan ianya mendidih dan menjadi pekat. Perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam.
- Untuk sos balsamic rosemary, didihkan cuka balsamic bersama daun rosemary dengan api yang sederhana. Didihkan ia sehingga menjadi pekat.
- Untuk ikan salmon, panaskan tempat pemanggang. Sapukan minyak zaitun kepada kedua-dua belah bahagian permukaan ikan salmon. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Kemudian masak ikan salmon sehingga kedua-dua belah permukaannya menjadi keperangan. Pastikan juga bahagian dalam ikan masak sepenuhnya.
- Sapukan ikan dengan sos balsamic rosemary di kedua belah bahagian ikan salmon dan masak seketika.
- Hidangkan ikan salmon bersama sos balsamic bawang.

Gambar: Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment