Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

BAKED SALMON WITH CHOPPED TOMATOES

Copy paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

BAKED SALMON WITH CHOPPED TOMATOES

Bahan-bahan:
I paun ikan salmon - di potong panjang
3 cawan buah tomato yang di potong dadu
3 ulas bawang putih. - dicicang halus
1 biji bawang besar - dihiris nipis.
1/2 sudu besar mix herbs
1 cawan jus epal
Garam dan lada hitam
2 1/2 cawan pasta penne
1 cawan parutan mozarella cheese

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 180-190 darjah celcius. Dalam masa yang sama rebus pasta terlebih dahulu.
- Untuk sos, panaskan minyak dan masukkan bawang besar. Tumis bawang besar sehingga layu dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan buah tomato dan mix herbs. Tumis sehingga buah tomato lembut. Masukkan jus epal, garam serta lada hitam dan biarkan ianya mereneh kemudian tutup api.
- Letakkan ikan salmon, pasta dan sos tadi didalam bekas untuk dimasukkan kedalam ketuhar. Taburkan mozarella cheese di atasnya dan bakar dalam lebih kurang 20 minit.


Gambar : Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment