Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

APPLE QUINOA SALMON WITH TOMATO CHERRY

Copy Paste dari FB: Lya Uzir Creative Living
APPLE QUINOA SALMON WITH TOMATO CHERRY

Bahan-bahan:
4 keping potongan ikan salmon
1 1/4 cawan jus epal
1/4 cawan kicap
1 sudu besar madu
2 1/2 sudu kecil halia- diparut halus/ di tumbuk lumat
1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan bawang besar- di potong dadu
3 ulas bawang putih- di cincang halus
1 genggam tomato ceri
1/4 cawan daun kucai- di potong halus
1 cawan quinoa - di basuh
1 cawan air
1/2 kiub pati ayam
Lada hitam- di tumbuk kasar

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 190 darjah celcius. Lapikkan dulang pembakar dengan kertas timah.
- Campurkan jus epal, kicap,madu, 1 1/2 sudu kecil halia, cuka dan minyak bijan. Kacau sebati. Asingkan dan simpan setengah daripada bancuhan ini untuk dijadikan sos. Masukkan ikan salmon ke dalam lebihan bancuhan itu tadi dan perapkan seketika di dalam peti ais selama 30 minit.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Masukkan quinoa dan kacau dalam lebih kurang 2-3 minit. Kemudian masukkan air, 1 cawan jus epal, pati ayam dan 1 sudu kecil halia. Biarkan ianya sehingga mendidih dan perlahankan api. Kemudian, masak sehingga 15 minit atau sehingga air meresap kesemuanya. - Satukan buah tomato ceri dengan 1-2 sudu besar minyak zaitun, garam dan sedikit serbuk lada hitam.
- Letakkan ikan di atas dulang pembakar. Perasakan ikan salmon dengan serbuk lada hitam. Bakar ikan antara 10-15 minit atau sehingga ikan ini masak dengan sepenuhnya. - Hidangkan ikan bersama sos lebihan yang disimpan tadi dan juga buah tomato ceri. Taburkan daun kucai diatasnya.


Gambar Oleh: Lya Uzir Creative Living

No comments:

Post a Comment