Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 20 June 2015

Resepi tauhu berlauk

Copy Paste dr FB: Resepi Dapur
Resepi tauhu berlauk (Tak Cuba rugiiii..memang sedappp)
Bahan
4 ketul tauhu
2 tiub tauhu jepun
udang @ isi ayam
cili merah
daun bawang
daun sup
telur 4 biji
garam, serbuk lada putih, serbuk perasa(maggie cukup rasa)
caranya:
blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.
lepas tu masukkan hirisan daun bwg & ciili merah.perasakan garam ,serbuk lada putih &serbuk maggi cukup rasa.gaul rata
lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi dlm bekas plastic.kukus dalam 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.lepas tu potong saiz yg dikehendaki..
pukul 2 biji telur..celup & goreng..
Gambar: Resepi Dapur

Resepi Roti Canai & Roti Bom

Copy Paste dr FB: Naa MN

JOM BUAT ROTI CANAI DAN ROTI BOOM TUK MKN PAGI BESOK glasses emoticon
Bahan2;
1 kg tepung gandum
2 1/4 cwn air
3sdb susu pekat
3sdb gula
1sdb garam mesin
1sdb marjerin
1bj telor
Sedikit kunyit serbuk
Cara2;
Satukan air, susu , gula, garam,telor dan serbuk kunyit..kacau biar garam dan gula larut..masukkan gandum sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati..uli sebati.masukkan marjerin..uli lg hngga sebati dan doh mnjadi kental
dan tdak melekat di tangan. Bulat2kn.susun dlm loyang..tutup dgn plastik selama 40 min.
Sapu marjerin pd setiap doh..susun dlm periuk yg disapu marjerin..peram 4@5 jam sebelum tebar..SELAMAT MENCUBA..
Gambar: Naa MN
Gambar: Naa MN

Resepi Kulit Karipap Pusing

Copy Paste dr FB: Bakers Favourite
Resepi Kulit Karipap Pusing
Bahan A
600 gm tepung gandum
50 gm gula
250gm air
1 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tpg jagung
Bahan B
400 gm tepung gandum
250 gm marjerin
Caranya
Campur kan bahan A...
Gaul hingga sebati dan tak melekat di tangan...bg yg ada mixer guna mixer lg senang...
Bulatkan 40g
Bahan B
Gaul sebati sehingga boleh dikepal...jgn terlalu lembut....
Bulatkan 35g
Gelek bahan A...masukkan bahan B di dalam nya dan bulatkan bersama2
Canai kali pertama hingga ketebalan lebih kurang 0.4cm kemudian gulung dan dr arah memanjang canai lg sekali dan gulung lg....
Potong kepada 4 bahagian...canai bentuk bulat dan tekapkan pd acuan karipap...
Letakkan mozarella dan cheddar yg dipotong kecil sedikit atas doh karipap kemudian baru letak inti dan tutup doh serta kelim...
Inti Potato Cheese
500gm kentang
200 gm isi ayam
4 ulas bawang putih potong dadu
4 biji bawang besar potong dadu
2 sudu lada hitam
garam
daun sup
daun bawang
Mozarella
Cheddar Cheese Blok
Sos Putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
Caranya
Potong dadu (kentang) rebus hingga lembut
Tumis bwg putih...bila dah kuning, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa kemudian ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan kentang dan gaul...
Masukkan daun sup dan daun bwg bawang yg di potong halus
Akhir sekali masukkan sos putih...Dan gaul sebati
Inti Mushroom Cheese
40gm cendawan shitake
200gm isi ayam
2 sudu lada hitam
1 sudu kecil garam
6 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih di potong dadu
minyak utk menumis
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese Blok
Sos Putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
caranya
Cendawan blh guna cendawan shitake atau jelly hitam spt di gambar
Rendam dan rebus hingga hilang bau dan potong kecil
Tumis bwg putih...bila dah kuning, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa kemudian ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan cendawan jelly hitam dan gaul...
Tutup api
Masak sos putih di periuk yg berasingan dan gaul sekali inti di atas
Inti Tomyam Cheese
40gm cendawan shitake
200gm isi ayam
6 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dipotong dadu
4 sudu paste tomyam
4 helai daun limau purut
3 sudu cili kisar
1 biji cili benggala dipotong dadu
1 inci halia
sebelah bunga kantan
sedikit perahan air limau nipis
Mozarella cheese
Cheddar cheese
Sos putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
Caranya
Cendawan blh guna cendawan shitake atau jelly hitam spt di gambar
Rendam dan rebus hingga hilang bau dan potong kecil
Utk resepi ni jika mahu lebih Pedas, Tumiskan skali 3 sudu makan cili kisar
Tumis bwg putih dan halia...bila dah kuning, masukkan garam, dan cili kisar, tumis hingga naik minyak kendian tomyam paste,bunga kantan dan daun Limau purut yg dipotong halus tumis hingga naik bau kemudian isi ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu dan cili benggala
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan cendawan jelly hitam dan gaul...
Tutup api potong Lima nipis...masukkan perahan Limau nipis
Masak sos putih di periuk yg berasingan dan gaul skali inti di atas
Gambar: Tahrunnisah Jali

Resepi tomyam campur pekat

Copy Paste dr FB: Rahsia Hawa
Resepi tomyam campur pekat

Blend
1. Tomato sebijik
2. Lada merah sebijik
3. Bawang putih 2 ulas
4. Bawang besar separuh

Hiris
1. Bawang besar 1 bijik
2. Bawang putih 2 ulas

Ketuk
1. Halia 1cm
2. Cili 3 bijik
3. Serai 2 batang

Potong2
1. Sayur2 campur2
2. Tomato belah 4
3. Ayam,seafood size ikut citarasa masing2

Cara Membuatnya:

Tumis bahan hiris
Masukkan ayam
Masukkan Seafood
Masukan bahan blend
Masukkan pes tomyam
Masukkan bhn ketuk
Gaul2 bio didih
Masukkan sayur2
Masukkan 3 helai daun limau purut
Garam
Gula


Gambar dr: Rahsia Hawa

Homemade Mushroom Soup

Copy Paste dr FB: Nieza Nor Hamnira
Resepi Homemade Mushroom Soup 
(lagi sodap dari dalam tin punya) ~ In shaa Allah smile emoticon

Bahan-bahan :
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan whipping cream
2 cawan full cream milk
1/2 cawan air
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 kiub ayam
garam, lada sulah, serbuk lada hitam

Cara-cara :
1. Cairkan butter dalam periuk, masukkan tepung gandum. Gaul rata hingga agak sedikit perang.
2. Masukkan susu full cream, whipping cream, air dan biarkan hingga menggelegak, api sederhana
3. Masukkan kiub ayam, cendawan butang hiris, garam, lada sulah dan serbuk lada hitam
4. Kacau rata dengan whisker dan tunggu hingga mendidih (api sederhana), padamkan api, siapp! 


Gambar : Nieza Nor Hamnira
eart emoticon

MAYONNAISE SALMON CAKES

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

MAYONNAISE SALMON CAKES

Bahan-bahan:
250 gram ikan salmon
4 sudu besar minyak zaitun
4 sudu besar mentega
Garam
Serbuk lada hitam
3/4 cawan bawang besar- dipotong dadu
1 1/2 cawan daun saderi - dipotong dadu
1/2 cawan lada benggala merah - dipotong dadu
1/2 cawan lada benggala kuning - dipotong dadu
1/4 cawan daun sup - dicincang halus
1 sudu besar capers
1/4 sudu kecil hot sauce
1/2 sudu kecil sos Worcestershire
1 1/2 sudu kecil stok pati ikan
1 cawan serbuk roti
1/2 cawan mayonis
2 sudu kecil mustard
2 biji telur- dipukul

Cara membuatnya:
- Letakkan ikan salmon di atas dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan kertas . Sapukan minyak zaitun pada kedua- dua bahagian ikan salmon. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Masak di dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius. Masak selama 15-20 minit, atau sehingga ikan masak. Keluarkan ikan dan tutup dengan kertas timah. Biarkan selama 10 minit dan kemudian baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Sementara itu, panaskan 2 sudu besar mentega dengan 2 sudu besar minyak zaitun. Tumiskan bawang besar, daun saderi, lada benggala merah dan kuning, daun sup,capers, 'hot sauce' , sos Worcestershire, stok pati ikan, sedikit garam dan lada hitam. Tumis bahan-bahan ini sehingga sayur-sayuran tadi menjadi empuk.
- Kemudian, hancurkan isi ikan salmon di dalam mangkuk yang besar. Campurkan dengan serbuk roti, mayonis, telur, mustard dan sayur-sayuran yang telah dimasak tadi. Gaul sebati. Tutup mangkuk dengan plastik 'cling wrap' dan sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk selama 30 minit. Kemudian keluarkan dan bentukkan menjadi bentuk kek bulat yang kecil.
- Panaskan lebihan mentega dengan minyak zaitun tadi. Goreng kek salmon ini sehingga kedua-dua belah kek menjadi kuning keemasan.


Gambar: Lya Uzir Creative Living

BAKED SALMON WITH CHOPPED TOMATOES

Copy paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

BAKED SALMON WITH CHOPPED TOMATOES

Bahan-bahan:
I paun ikan salmon - di potong panjang
3 cawan buah tomato yang di potong dadu
3 ulas bawang putih. - dicicang halus
1 biji bawang besar - dihiris nipis.
1/2 sudu besar mix herbs
1 cawan jus epal
Garam dan lada hitam
2 1/2 cawan pasta penne
1 cawan parutan mozarella cheese

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 180-190 darjah celcius. Dalam masa yang sama rebus pasta terlebih dahulu.
- Untuk sos, panaskan minyak dan masukkan bawang besar. Tumis bawang besar sehingga layu dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan buah tomato dan mix herbs. Tumis sehingga buah tomato lembut. Masukkan jus epal, garam serta lada hitam dan biarkan ianya mereneh kemudian tutup api.
- Letakkan ikan salmon, pasta dan sos tadi didalam bekas untuk dimasukkan kedalam ketuhar. Taburkan mozarella cheese di atasnya dan bakar dalam lebih kurang 20 minit.


Gambar : Lya Uzir Creative Living

ORANGE CORIANDER MARINATED SALMON

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

ORANGE CORIANDER MARINATED SALMON

Bahan-bahan:
4 keping potongan ikan salmon
1 sudu besar biji ketumbar
4-6 helai daun bawang - di hiris.
4-5 ulas bawang putih - di hiris nipis
2-3 biji cili merah - dibuang biji dan di hiris nipis
3 helai daun bay
2 sudu besar daun ketumbar - di potong
3/4 cawan jus oren
3 sudu besar cuka epal cider
Gula
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun / minyak canola / minyak sayuran

Cara membuatnya:
- Panaskan kuali non-stick dan letakkan sedikit minyak. Masukkan ikan salmon dan goreng ikan salmon kedua-dua belah bahagian sehingga ianya masak sepenuhnya. Kemudian tutup api dan letakkan ikan salmon didalam bekas.
- Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng biji ketumbar tanpa minyak. Goreng sehingga ianya naik bau dan tutup api. Keluarkan biji ketumbar dan tumbuk sedikit biji ketumbar itu tadi.
- Di dalam bekas yang lain, satukan daun bawang, bawang putih, cili, daun bay, daun ketumbar, jus oren,cuka epal cider, gula, garam dan lada hitam. Kacau sebati. Kemudian campurkan biji ketumbar yg telah di tumbuk sedikit tadi. -Tuangkan ke atas ikan salmon dan tutup bekas yang berisi ikan salmon tadi dengan 'cling wrap' . Masukkan kedalam pet ais dan biarkan ianya selama 12 jam.
- Hidangkan ikan salmon ini pada suhu bilik.


Gambar : Lya Uzir Creative Living

GRILLED SALMON WITH BALSAMIC ROSEMARY GLAZE

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living

GRILLED SALMON WITH BALSAMIC ROSEMARY GLAZE

Bahan- bahan:
4-6 keping potongan ikan salmon
2 labu bawang besar - di belah dua dan dihiris nipis
2-3 tangkai daun rosemary
Cuka balsamic
Minyak zaitun
Garam
Lada hitam

Cara membuatnya:
- Untuk sos balsamic bawang, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sehingga menjadi layu. Kemudian masukkan setengah daripada 1/3 cawan cuka balsamic kepada bawang itu tadi. Biarkan ianya mereneh dan meresap masuk ke dalam bawang itu tadi. Kemudian masukkan lebihan cuka balsamic itu tadi dan biarkan ianya mendidih dan menjadi pekat. Perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam.
- Untuk sos balsamic rosemary, didihkan cuka balsamic bersama daun rosemary dengan api yang sederhana. Didihkan ia sehingga menjadi pekat.
- Untuk ikan salmon, panaskan tempat pemanggang. Sapukan minyak zaitun kepada kedua-dua belah bahagian permukaan ikan salmon. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Kemudian masak ikan salmon sehingga kedua-dua belah permukaannya menjadi keperangan. Pastikan juga bahagian dalam ikan masak sepenuhnya.
- Sapukan ikan dengan sos balsamic rosemary di kedua belah bahagian ikan salmon dan masak seketika.
- Hidangkan ikan salmon bersama sos balsamic bawang.

Gambar: Lya Uzir Creative Living

MUSTARD SALMON IN CORN HUSK

Copy Paste Dr FB: Lya Uzir Creative Living
MUSTARD SALMON IN CORN HUSK

Bahan- bahan:
4 helai daun jagung- direndam dalam air selama 30 minit.
4 keping potongan ikan salmon
3-4 sudu besar biji sawi - ditumbuk kasar
3-4 sudu besar daun kucai - dihiris nipis
1 sudu besar madu
Garam

Cara membuatnya:
- Keluarkan daun jagung yang telah direndamkan dan lap dengan kain/tisu. Jangan lap sehingga ianya terlalu kering, biarkan sedikit lembap.
- Panaskan tempat pemanggang.
- Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan madu. Kemudian sapukan diatas setiap ikan dengan biji sawi dan taburkan daun kucai di atasnya.
- Letakkan ikan di dalam daun jagung, dan panggang ikan tersebut dengan menggunakan api yang sederhana.
- Masak ikan sehingga ianya masak sepenuhnya


Gambar: Lya Uzir Creative Living

TERIYAKI SALMON AND NOODLES

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living
TERIYAKI SALMON AND NOODLES

Bahan-bahan:
2 keping ikan salmon
4-5 sudu besar kicap pekat
1 biji limau- di parut kulitnya dan diambil jusnya
1-2 biji cili
2 sudubesar maple syrup/ gula perang
1-2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia- dicincang halus
1 keping mi kering
Daun ketumbar - di potong
1 sudu besar minyak zaitun
Jus limau
1/2 kiub stok pati ayam/ 1 sudu kecil organic seasoning powder

Cara membuatnya:
- Panaskan minyak zaitun dan tumis halia, bawang putih dan cili.
- Tuangkan kicap dan maple syrup, masak selama 1 minit sehingga ianya menjadi pekat. Kemudian masukan parutan kulit limau dan jus limau.
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan ikan salmon. Goreng ikan salmon lebih kurang dalam 2 minit atau sehingga ikan salmon masak sepenuhnya.
- Kemudian, tuangkan sos teriyaki ke atas ikan salmon.
- Rebus mi sehingga menjadi lembut, kemudian tapis mi tersebut. Goreng mi tersebut dengan sedikit minyak bijan, stok pati ayam/ seasoning powder, daun ketumbar dan perahkan sedikit jus limau. Tutup api. Hidangkan bersama ikan salmon dan taburkan daun ketumbar yang telah dihiris.


Gambar : Lya Uzir Creative Living

CHEZZY SALMON PASTA

Copy Paste dari FB: Lya Uzir Creative Living

CHEZZY SALMON PASTA

Bahan-bahan:
250 gram tagliatelle/fettuccine
100 gram krim cheese
1 cawan kacang pis
2-3 ulas bawang putih - dicincang halus
50 gram smoked salmon
1/2 biji lemon- di parut kulitnya dan di ambil jusnya
2 sudu besar kucai - dihiris nipis
Minyak zaitun

Cara membuatnya:
- Rebus pasta sehingga lembut/ al dente. Kemudian rebus pula kacang pis.
- Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan krim cheese dan masak dengan api yang sederhana selama 2 minit. Masukkan salmon, jus lemon, daun kucai dan lada hitam.
- Tapiskan pasta. Simpankan sedikit air rebusan untuk digunakan semasa proses memasak nanti.
- Masukkan pasta ke dalam kuali, tuangkan sos krim cheese tadi. Masukkan sedikit air rebusan pasta untuk menjadikan ianya sedikit berkuah. Taburkan diatasnya daun kucai dan parutan kulit lemon.


Gambar : Lya Uzir Creative Living

RICE NOODLE SALAD WITH SALMON

Copy Paste dr FB: Lya Uzir Creative Living
RICE NOODLE SALAD WITH SALMON

Bahan-bahan:
100 gram bihun
1 sudu besar minyak bijan
100 gram snow peas
1 biji lada benggala merah - di hiris
1 biji lada benggala oren - di hiris
2 tangkai daun bawang - di hiris nipis
200 gram smoked salmon
2 sudu besar daun ketumbar - di hiris nipis
1 sudu besar biji bijan.

Untuk sosnya:

1 bawang merah - dipotong dadu
1/2 inci halia - dihancurkan
1 ulas bawang putih - dihancurkan
1/2 biji cili merah - dicincang halus
1 sudu besar sos thai
1 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar minyak bijan

Cara membuatnya:
- Celur bihun dengan air panas sehingga lembut. Tapis dan gaulkan dengan minyak bijan.
- Satukan kesemua bahan-bahan untuk sos di dalam satu mangkuk.
- Masak snow peas dengan merebusnya selama 2 minit. Keluarkan snow peas dan hidangkan bersama bihun tadi. Masukkan sedikit lada hitam, daun bawang, daun ketumbar dan biji bijan. Leraikan isi ikan salmon dan gaulkan dengan perlahan-lahan.Tuangkan sos dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.


Gambar:  Lya Uzir Creative Living

TERIYAKI SALMON WITH RICE NOODLES AND ASPARAGUS

Copy paste dari FB: Lya Uzir Creative Living
TERIYAKI SALMON WITH RICE NOODLES AND ASPARAGUS

Bahan-bahan:
300 gram ikan salmon
2 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar madu
4 sudu besar kicap
2 sudu besar cuka
1 sudu besar sos ikan
4 ulas bawang putih- dicincang halus
Sedikit halia yang telah dicincang halus

Bihun dan asparagus:
8 oz bihun
1 genggam asparagus
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak zaitun

Cara membuatnya:
- Untuk bahan perapan, satukan minyak zaitun, madu, kicap,cuka, sos ikan,bawang putih dan halia. Pukul sebati.
- Letakkan ikan salmon di atas dulang/bekas dan tuangkan bahan perapan tadi keatas ikan salmon. Perapkan ikan tersebut selama 1 jam.
- Panaskan ketuhar pada 170 darjah celcius. Bakar ikan selama 15 minit atau sehingga ianya masak. Pada masa yang sama bakar asparagus yang telah di gaul dengan sedikit minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam di dalam ketuhar. Bakar sehingga ianya lembut tetapi masih rangup.
- Keluarkan ikan salmon, dan ambik jus/ kuah daripada bahan perapan yang ada dalam bekas yang digunakan untuk membakar ikan salmon tadi. Masukkan jus/ kuah tersebut dalam periuk. Didihkan kuah ini sehingga menjadi pekat.
- Kemudian panaskan tempat pemanggang/ kuali, masak ikan salmon tanpa kuah perapan. Masak sehingga ikan menjadi 'caramelized'.
- Celur bihun dan hidangkan bersama ikan salmon dan asparagus.


Gambar: Lya Uzir Creative Living

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Copy paste dari FB: Rahsia Hawa
RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG
Bahan-bahannya :
● 500g sotong
● 1 cawan tepung gandum
● 1 sudu baking powder
● 1 biji telur
● sedikit garam dan lada sulah
● 1/2 sudu Italian herbs / serbuk kari
● 1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)1 sudu kecil serbuk cili
Cara-caranya :
1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
4. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
5. Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor, salutkankan sotong dengan tepung.
6. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
7. Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.

Rahsia Hawa's photo.
Gambar :  Rahsia Hawa

SALMON CROQUETTES

Copy Paste dari FB: Lya Uzir Creative Living

SALMON CROQUETTES

Bahan-bahan:
2-3 keping potongan ikan salmon- dibuang tulang dan kulit. Isi dihancurkan dengan menggunakan pisau.
4-5 biji kentang - di buang kulit
1 sudu besar daun bawang- dihiris nipis
2 biji telur
1 kiub stok pati ayam
Serbuk roti
Tepung gandum
Minyak
Garam
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:
- Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk. Kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang sehingga hancur. Masukkan isi ikan salmon, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Biarkan ianya sejuk seketika dan baru dimasukkan hirisan daun bawang.
- Bentukkan adunan menjadi bentuk memanjang seperti silinder. Caranya adalah dengan menggolek adunan di atas permukaan yang rata. Taburkan sedikit teping supaya senang untuk digolek.
- Sediakan 3 bekas berlainan untuk diisikan tepung, serbuk roti dan telur yang telah dipukul. Kemudian celup adunan itu tadi ke dalam bekas berisi tepung dahulu, di ikuti telur dan serbuk roti. Ulang sekali lagi proses ini. Susun adunan di atas loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digoreng.
- Panaskan minyak yang secukupnya dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan croquettes. Goreng croquettes sehingga menjadi kuning keemasan.


Gambar oleh: Lya Uzir Creative Living

CURRY SALMON CAKE

Copy Paste Dari FB: Lya Uzir Creative Living

CURRY SALMON CAKE

Bahan- bahan:
2-3 keping potongan ikan salmon- di buang tulang dan kulit, isi ikan dihancurkan dengan pisau
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu besar garam
2 biji telur
2 sudu besar mayonis
3/4 cawan panko/serbuk roti
1 biji lada benggala - dihiris nipis
2 sudu besar daun bawang- di hiris nipis
Minyak zaitun

Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan-bahan di dalam satu mangkuk dan gaul sebati. Bentukkan adunan menjadi kepingan-kepingan bulat dan leper atau dipanggil patties.
- Setelah masak, taburkan sedikit garam di atas patties tadi dan juga perahan jus lemon.

Gambar Oleh : Lya Uzir Creative Living

SPICED SALMON WITH CAULIFLOWER PUREE & ORANGE BUTTER SAUCE

Copy Paste Dari FB: Lya Uzir Creative Living

SPICED SALMON WITH CAULIFLOWER PUREE & ORANGE BUTTER SAUCE

Bahan-bahan
500ml (2 cawan) jus oren
800 gram kobis bunga
4 sudu besar mentega
1 sudu besar parutan kulit oren
1/4 cawan krim
1 sudubesar tepung gandum
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
6 keping potongan ikan salmon
Minyak zaitun
1-2 biji oren - dibuang kulit dan dileraikan ulasnya
Beberapa tangkai daun kucai - di hiris
Sedikit mentega- untuk tujuan menggoreng.

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 190 darjah celcius.
- Didihkan jus oren didalam periuk dengan api yang kuat sehingga jus oren berkurangan kepada 100ml. Tutup api dan ketepikan.
- Kemudian, rebus kobis bunga dan sedikit garam sehingga lembut. Tutup api, tapis dan sejukkan seketika. Kemudian, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar bersama sedikit garam, lada hitam, mentega, kulit oren dan krim. Kisar sehingga semuanya menjadi hancur dan halus. Ketepikan.
- Campurkan tepung di dalam satu bekas bersama serbuk cili, serbuk jintan putih, garam dan lada secukupnya, dan salut kedua-dua belah bahagian ikan salmon.
- Panaskan kuali dengan api yang sederhana, masukkan sedikit mentega dan minyak. Kemudian masukkan ikan salmon dan goreng kedua-dua belah bahagian seketika lebih kurang 1 minit setiap bahagian. Selepas itu, alihkan ikan tersebut dan letakkan di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar selama 5-6 minit.
-Didihkan jus oren didalam periuk dengan api yang kuat sehingga jus oren menjadi berkurangan kepada setengah dan pekat. Masukkan ulas buah oren dan masak seketika. Taburkan sedikit daun kucai dan tutup api.
- Hidangkan ikan salmon ini di atas puri kobis bunga dan juga sos oren.



Gambar Oleh: Lya Uzir Creative Living

SALMON QUICHE

Copy Paste dari FB: 
Lya Uzir Creative Living

SALMON QUICHE

Bahan- bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan cottage cheese
125 gram salted butter- dicairkan
1 labu bawang besar - dipotong dadu
210 gram ikan salmon - di buang tulang dan di hiris nipis
3/4 cawan krim/ susu sejat
8 auns cheddar cheese - di parut
4 biji telur
Garam
Serbuk Lada hitam
Secubit sebuk bawang putih
Secubit 'dried parsley'
1 tangkai daun dill - dihiris halus

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 190 degree C.
- Satukan tepung dan cottage cheese di dalam mangkuk. Campurkan mentega dan ramas bahan-bahan ini dengan menggunakan hujung jari sehingga ianya menjadi seperti serbuk roti. Kemudian, uli sehingga menjadi doh. Balut dengan plastik/cling wrap dan sejukkan dahulu di dalam peti ais selama 1 jam.
- Keluarkan doh dan letakkan di dalam bekas pie dengan menekan doh tersebut di dasar dan disekeliling bekas pie.
- Masukkan 8 auns cheddar cheese, telur dan krim/susu sejat di dalam mesin pengisar. Kisar kesemua bahan-bahan sehingga ianya menjadi halus. Kemudian taburkan ikan salmon dan bawang besar ke dalam bekas yang doh tadi. - Tuangkan bancuhan telur tadi ke atasnya. Taburkan 1/4 cawan parutan cheddar cheese di atasnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar dengan kepanasan 200 degrees C selama 10 minit kemudian perlahankan suhu kepada 180 degrees C dan bakar selama 35 minit sehingga ianya menjadi keperang-perangan.

Gambar dari:
Lya Uzir Creative Living

APPLE QUINOA SALMON WITH TOMATO CHERRY

Copy Paste dari FB: Lya Uzir Creative Living
APPLE QUINOA SALMON WITH TOMATO CHERRY

Bahan-bahan:
4 keping potongan ikan salmon
1 1/4 cawan jus epal
1/4 cawan kicap
1 sudu besar madu
2 1/2 sudu kecil halia- diparut halus/ di tumbuk lumat
1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan bawang besar- di potong dadu
3 ulas bawang putih- di cincang halus
1 genggam tomato ceri
1/4 cawan daun kucai- di potong halus
1 cawan quinoa - di basuh
1 cawan air
1/2 kiub pati ayam
Lada hitam- di tumbuk kasar

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 190 darjah celcius. Lapikkan dulang pembakar dengan kertas timah.
- Campurkan jus epal, kicap,madu, 1 1/2 sudu kecil halia, cuka dan minyak bijan. Kacau sebati. Asingkan dan simpan setengah daripada bancuhan ini untuk dijadikan sos. Masukkan ikan salmon ke dalam lebihan bancuhan itu tadi dan perapkan seketika di dalam peti ais selama 30 minit.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Masukkan quinoa dan kacau dalam lebih kurang 2-3 minit. Kemudian masukkan air, 1 cawan jus epal, pati ayam dan 1 sudu kecil halia. Biarkan ianya sehingga mendidih dan perlahankan api. Kemudian, masak sehingga 15 minit atau sehingga air meresap kesemuanya. - Satukan buah tomato ceri dengan 1-2 sudu besar minyak zaitun, garam dan sedikit serbuk lada hitam.
- Letakkan ikan di atas dulang pembakar. Perasakan ikan salmon dengan serbuk lada hitam. Bakar ikan antara 10-15 minit atau sehingga ikan ini masak dengan sepenuhnya. - Hidangkan ikan bersama sos lebihan yang disimpan tadi dan juga buah tomato ceri. Taburkan daun kucai diatasnya.


Gambar Oleh: Lya Uzir Creative Living

BAKED SALMON WITH CHOPPED TOMATOES

Copy Paste Dari FB: Lya Uzir Creative Living

BAKED SALMON WITH CHOPPED TOMATOES

Bahan-bahan:
I paun ikan salmon - di potong panjang
3 cawan buah tomato yang di potong dadu
3 ulas bawang putih. - dicicang halus
1 biji bawang besar - dihiris nipis.
1/2 sudu besar mix herbs
1 cawan jus epal
Garam dan lada hitam
2 1/2 cawan pasta penne
1 cawan parutan mozarella cheese

Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 180-190 darjah celcius. Dalam masa yang sama rebus pasta terlebih dahulu.
- Untuk sos, panaskan minyak dan masukkan bawang besar. Tumis bawang besar sehingga layu dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan buah tomato dan mix herbs. Tumis sehingga buah tomato lembut. Masukkan jus epal, garam serta lada hitam dan biarkan ianya mereneh kemudian tutup api.
- Letakkan ikan salmon, pasta dan sos tadi didalam bekas untuk dimasukkan kedalam ketuhar. Taburkan mozarella cheese di atasnya dan bakar dalam lebih kurang 20 minit.


Gambar Oleh: Lya Uzir Creative Living

SPICY TOMATO SALMON

Copy Paste dari FB: Lya Uzir Creative Living
SPICY TOMATO SALMON

Bahan-bahan:
500gm ikan salmon- dipotong kiub-kiub besar
2 sudu besar tomato puree
2 cawan tomato soup di dalam tin
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih- dicincang halus
1 inci halia - dihiris nipis
3-4 tangkai cili merah - dikisar halus dengan sedikit air
1 sudu besar cuka
Sedikit daun ketumbar - dipotong kasar
Minyak
Garam
Lada hitam
Gula

Cara membuatnya:
- Panaskan kuali dengan minyak yang secukupnya. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga ianya lembut. Masukkan pula bawang putih dan halia, tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato puree dan tomato soup. Biarkan ianya mereneh seketika.
- Masukkan ikan salmon dan biarkan ianya sehingga ikan itu masak. Selepas itu masukkan pula cuka.
- Perasakan secukupnya dengan garam,gula dan lada hitam.
- Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan tutup api.


Gambar Oleh: Lya Uzir Creative Living

PAN SEARED BALSAMIC SALMON WITH SLAW

Copy Paste dari FB: 
Lya Uzir Creative Living

PAN SEARED BALSAMIC SALMON WITH SLAW

Bahan-bahan:
4 keping ikan salmon
1 inci halia - dihiris nipis
1 biji capsicum merah - dibuang biji dan dipotong dadu
1/2 cawan carrot- dihiris panjang dan nipis
1/2 cawan batang broccoli-dihiris panjang dan nipis
1/2 cawan kobis-dihiris panjang dan nipis
1/2 cawan kobis ungu-dihiris panjang dan nipis
2 sudu besar cuka
2 sudu besar halia - dicincang halus
2 sudu besar gula perang
1 cawan air
1/4 cawan cuka balsamic
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
1 sudu besar kepingan cili merah
Minyak
Minyak bijan

Sos kicap - untuk disatukan didalam mangkuk kecil:
1/4 cawan kicap cair
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos Lea and Perrins
1/4 salt

Cara membuatnya:
- Perapkan ikan dengan garam dan lada hitam. Biarkan sektika
- Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan satu sudu kecil minyak bijan. Panaskan dengan menggunakan api yg kuat. Masukkan halia dan kepingan cili merah dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan capsicum dan kacau sebentar. Kemudian masukkan carrot dan batang broccoli dan kacau. Kemudian tutup kuali itu dengan penutup dan perlahankan api. Biarkan seketika sehingga carrot dan batang broccoli lembut baru dimasukkan sayur kobis dan kobis ungu.
- Kemudian masukkan sos kicap yang telah disatukan di dalam mangkuk terlebih dahulu. Gaul sehingga sebati dan tutup api.
- Untuk ikan pula, panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masukkan ikan dan masak ikan sehingga kedua-dua bahagian ikan menjadi perang. - Hidangkan sayur tadi terlebih dahulu di atas pinggan dan kemudian baru di letakkan ikan di atasnya.
- Untuk sos sapuan (glaze), satukan air, balsamic vinegar, cuka, halia dan gula perang terlebih sahulu. Kemudian panaskan kembali kuali yg digunakan untuk memasak ikan. Buang lebihan minyak, masukkan bahan-bahan tadi dan biarkan ianya mendidih sehingga menjadi pekat.
- Setelah ianya pekat, tutup api dan tuangkan sos sapuan (glaze) di atas ikan.

Kredit Gambar : Lya Uzir Creative Living