Buy Vanilla Beans Here

Thursday, 22 January 2015

Jom Buat: Vanilla Soda & Vanilla Syrup menggunakan Vanilla Powder

Assalamualaikum & apa khabar semua vanilla fans? :)
Rasanya tidak lambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015, semoga tahun ni memberikan lebih banyak rezeki, lebih banyak kebahagiaan, kesyukuran ke dalam hidup kalian.

Untuk entry kali ni, fida nak share bagaimana hendak membuat air gula dengan menggunakan vanilla powder fida, product terbaru fida. Sebelum ni fida sudah memang membekalkan #halalvanillaextract secara online, offline & cod ( untuk kawasan-kawasan tertentu ), fida juga mempunyai beberapa dropship agent di bawah rangkaian Fida Vanilla, Alhamdulillah. :) Sebab utama fida supply vanilla powder ini ialah kerana ramai antara bakers ingin memperisakan bakeri mereka tanpa perlu mengubah tekstur resipi, lebih lebih resipi seperti macaron & meringue, maka dengan itu, terhasil lah vanilla powder. Vanilla powder ni wangi, maka penggunaan boleh dikurangkan separuh dari menggunakan extract, namun begitu ianya masih bergantung kepada bakers yang inginkan sekuat mana vanilla di dalam bakeri mereka  :)

Ok, kita teruskan ke resipi fida nak share resipi Vanilla Soda berserta Vanilla syrup.

Vanilla syrup adalah air gula berperisa vanilla. Sebelum ni, fida pernah share membuat air gula vanilla menggunakan vanilla bean. Menggunakan vanilla beans di dalam resipi agak intimidating, kadang kadang , biji biji hitam vanilla di dalam air gula pun sudah cukup membuatkan pelanggan terkejut & takut kerana menyangkakan itu adalah kotoran. Fida pernah hadapi situasi itu. :) Solusi terbaik adalah, menggunakan vanilla powder atau vanilla extract, yang tiada biji, & tidak membimbangkan pelanggan yang tidak biasa dengan vanilla bean lagi.

Resipi:
Vanilla Syrup ( Air Gula Vanilla )
1kg Gula Putih
1kg Air ( kalau nak air gula pekat, kurangkan sahaja kepada separuh )
1 Sudu Besar Vanilla Powder atau Vanilla Extract, ( kalau guna vanilla extract, tutup api, kacau sebati, biarkan sejuk )

Cara-caranya:


Setelah itu sejukkan dahulu Vanilla Syrup ini, kemudian kita sudah boleh buat Vanilla Soda
Resipi Vanilla Soda:

1 Tin air soda, atau lebih kurang 300ml
3 ke 4 sudu besar Vanilla Syrup ( bergantung kepada manis mana yang kita selesa )
Whipped Cream untuk float ( optional - rasanya ice cream pun boleh )

Cara-caranya:


Fida minta maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan di dalam video video tutorial fida. Semoga bermanfaat. Siapa sangka, kita boleh buat air gas dengan boleh mengawal kandungan gula di dalam minuman kita. Rasanya mungkin nak beli lah Soda Maker, boleh buat air gas sendiri kat rumah. :)

Sekiranya berminat nak cuba vanilla powder, atau vanilla extract atau vanilla beans fida boleh hubungi fida di 0132877769 atau Like di FaceBook Page fida: www.facebook.com/fidavanilla, PM fida di sana, atau boleh layari Webstore fida di www.fidavanilla.com :)

Terima Kasih kerana membaca
Fida Vanilla





2 comments:

  1. Assalam sis, sy nk bli shea butter, still available x?

    ReplyDelete
  2. Assalam sis, sy nk bli shea butter, still available x?

    ReplyDelete