Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 1 March 2014

"Heat Stress" dan tip-tip menghindari "Heat Stroke"

Assalamualaikum & salam vanilla, baru - baru ini, suhu semakin meningkat di Malaysia. Fida pun antara pernah mengalami heat stroke. ( Antara kesan -kesan 'heat sroke': pening migraine melampau, muntah-muntah sepanjang hari, pengsan, badan panas seakan demam & sebagainya) 

Gambar adalah dari www.10news.com

Apa yang fida nak share adalah cara untuk elakkan heat stroke, & sejukkan suhu badan anda. 

11 tip - tip untuk elakkan 'heat stroke'
1. pakai baju yang longga & warna yang cerah

2. sentiasa tengok kadar suhu, sekiranya suhu meningkat, elakkan berada di luar rumah. 

3. lindungi kulit anda dari matahari dengan menggunakan krim pelindung matahari. sekiranya berada diluar, pastikan kita tutup kepala kita dengan topi atau payung untuk menyejukkan kepala kita. Elakkan pancaran matahari terus ke kepala agar kepala kita terlindung & sejuk. ( Apabila kepala panas, ia akan menaikkan suhu badan, menyebabkan kita migraine sepanjang hari - pengalaman fida sendiri, smpi muntah muntah.) 

4. Banyakkan minum air masak. walaupun tidak haus, pastikan minum air masak. Ini adalah untuk menyejukkan badan anda & boleh membantu bagi mengelakkan heat stroke

5. NO NO NO minuman berkafein ( kopi & teh - wah!!!!! fida suka kopi & teh) & serta beralcohol ( untuk yang bukan muslim ). kerana minuman sebegini tidak akan menghilangkan haus anda, ia akan membuatkan suhu badan semakin meningkat. 

6. Makan buah-buahan serta sayur-sayuran sebelum memulakan aktiviti sukan

7. Elakkan untuk duduk di dalam kereta ketika di parkir kereta. Adalah lebih sejuk berteduhkan pokok di padang, dari duduk di dalam kereta ketika diparkir. walaupun kereta dipasang hawa dingin.( ingat tak kes-kes kanak-kanak meninggal ketika ditinggalkan di dalam kereta? Nauzubillah )

8. Elakkan untuk berada di dalam kawasan sesak, kerana bila terlalu sesak, ia akan menjadi lebih panas, apabila heat stroke berlaku, maka antara situasi yang kita hadapi apabila seseorang akan pengsan dari kesan heat stroke tersebut

9. Kerap berhenti seketika ketika melakukan aktiviti luar rumah. seperti berkebun, bertukang, atau apa aktiviti berjemur, sentiasa berehat seketika sebelum sambung balik bagi sejukkan badan anda. 

10. Jadualkan aktiviti agar dilakukan pada waktu kurang panas. Lazimnya waktu panas berlaku anta 10 pagi hinggi 6 petang. cuba 'adjust' aktiviti tersebut agar dilakukan sebelum tempoh itu, atau lepas tempoh itu. sekiranya tidak dielakkan, maka ikutilah saranan berpayung & banyakkan minum air masak ketika aktiviti waktu panas. 

11. Tanya doktor anda sekiranya anda mempunyai kondisi kesihatan atau situasi perubatan yang cenderung ke arah heat stroke, adalah penting untuk ketahui samada ubat yang anda ambil turut menaikkan suhu badan atau tidak 

tip-tip ini diterjemahkan dari http://www.wikihow.com/Prevent-Heat-Exhaustion, agar kita dapat menjaga tubuh badan kita, kurangkan sakit, lebihkan sihat, lebihkan produktiviti.  

Semoga bermanfaat
Fida Vanilla 
+60132877769
www.fidavanilla.com




No comments:

Post a Comment