Buy Vanilla Beans Here

Wednesday, 29 January 2014

Jom buat sendiri: Krim ruam lampin DIY

Assalamualaikum & salam vanilla,
apa khabar semua vanilla fans? Kebelakangan ini, Fida didedahkan oleh situasi yang dihadapi pelanggan-pelanggan fida dari kalangan ibu muda, :) , mereka bertanyakan apakah produk paling elok & natural untuk merawatinya ruam lampin bayi bayi mereka? Kerana ramai mula sedari bahawa terdapat steroid di dalam krim anti ruam lampin. ('Huh? biar betul' dalam hati fida. )

Fida pun buat beberapa research untuk DIY krim anti ruam lampin. Antaranya memerlukan bahan yang penting.

1. Zinc oxide. bahan galian. agak susah nak cari.

2. Oatmeal. ye, oatmeal boleh digunakan. kisar oatmeal sehingga betul betul halus & masukkan ke dalam DIY salve kita nanti.

3. Kaolin clay, pun bertindak mengeringkan kelembapan. itu yang kita perlukan. Ruam menjadi lebih teruk bila kawasan kekal lembap terlalu lama.

4. Beeswax ( lilin lebah ), bertindak memulihkan kulit rekahan & luka, & memberikan satu lapisan melindungi kulit dari terdedah kepada ruam

5. Shea Butter. elok untuk kulit ruam kerana ruam sebenarnya gatal, ia digunakan untuk mengurangkan kegatalan kulit.

6. Cocoa butter - memulihkan kulit sensitif. Lazimnya kulit mempunyai ruam adalah kulit yang sensitif, maka ccoa butter dapat mengurangkan kerengsaan kulit sensitif. lazimnya eczema & dermatitis.

7. Aloe Vera - Menyejukkan rengsa kulit ruam hampir segera. betul, fida mempunyai pengalaman kulit kering & ruam, adakala kulit tersebut menjadi terlalu panas. maka apabila fida sapu aloe vera gel. Alhamdulillah ia menyejukkan kulit. Kerengsaan pun berkurang.

Anda boleh hasilkan sendiri krim ruam lampin menggunakan kesemua bahan di atas. ( untuk zinc/kaolin clay/oatmeal, guna salah satu sahaja dari produk ini kerana kuat dalam mengurangkan kelembapan & kita tidak mahu kulit anak-anak kita menjadi terlalu kering )

ataupun anda boleh guna resipi fida jumpa di internet.

           Resipi Krim Anti Ruam Lampin
  • 75gram lilin lebah atau beeswax
  • 1/4 cawan tambah 2 sudu besar minyak kelapa
  • 30gram shea butter 
  • 2 sudu besar cocoa butter
  • 2 sudu besar (kaolin clay/ zinc oxide/ oatmeal dikisar halus)

  1. Larutkan semua di dalam mangkuk
  2. guna method double boiling
  3. setelah semuanya lebur (melted), gaulkan ia sehingga semua sebati. 
  4. Masukkan ( kaolin clay/zinc oxide/oatmeal & gaulkan hingga sebati tidak bergentel)
  5. tuang ke dalam bekas, biarkan ia sejuk.
  6. Sapu ke tempat ruam. insyaAllah ia akan mengurangkan kesan ruam pampin. 
  7. Sesekali pakai aloe vera gel, tunggu hingga kulit meresap kesemua gel tersebut hingga kering & sapu kembali krim anti ruam ini. :)
Semoga Bermanfaat! 
Salam Vanilla, 
Fida Vanilla
www.fidavanilla.com 

Enjoy!