Buy Vanilla Beans Here

Thursday, 25 September 2014

Eksperimen Dapur: Buat yogurt dengan susu sejuk

Assalamualaikum semua,
apa khabar,
setelah seminggu cuti sekolah, tetiba nak start balik semangat kembeli bekerja mengambil masa yang lama. sebenarnya fida cakap diri sendiri, dah nak masuk hari jumaat, masih lagi lemau je. cuti... cepat sungguh masa berlalu.

orait, fida nak share pengalaman eksperimen dapur Fida: buat yogurt sendiri dari susu sejuk. Tak perlu nak ada yogurt maker, tak perlu hangatkan susu, letak dalam over, slow cooker. Hanya dari susu kotak kita beli kat kedai. :)

asalnya, fida nak buat buttermilk, tapi disebabkan buttermilk merata2 cari xde, fida just guna je lah yogurt, kerana yogurt pun mengandungi probiotik elok utk penghadaman. ( fida mengalami sedikit situasi penghadaman, & sungguh tidak selesa bila tidak lawas)

 Video ini menunjukkan hasil yogurt fida.

Pengalaman fida setelah mengamalkan minum 1 cawan yogurt setiap hari? penghadaman menjadi elok & lawas, semalaman ye membuang yang lama terpendam hahahahaha. tapi saya tidak cirit birit.

ada suka minum tanpa letak apa-apa.

tapi bagi mereka yang ingin memperisakan & menentukan kadar pengambilan gula boleh guna resipi yogurt fida.

1 cawan yogurt kita buat sendiri ( jimat selitre yogurt baru rm6, kalau kat kedai 1.5kg sudah rm15-17)
1 sudu kecil atau lebih sikit madu ( pemanis yang membantu dalam penghadaman )
1 sudu kecil Fida Vanilla - Halal Vanilla Extract ( fida tidak rekemen guna esen kerana ianya adalah perisa tiruan, vanilla extract dihasilkan asli dari vanilla bean. )

nak buat manggo lassi pun boleh,
just blend 1/4 cawan mangga ( lebih kurang) ,
1 cawan yogurt,
1 sudu besar madu,
1 sudu kecik vanilla extract
blend n enjoy!

& the list goes on, kalau nak buat smoothie
1/4 cawan strasberries beku
1 cawan yogurt sejuk
1 sudu besar madu ( kurangkan kalau x suka manis )
1 sudu kecil vanilla extract.
blend & enjoy!

Semoga bermanfaat
Salam Vanilla
Fida Vanilla
0132877769
#halalvanillaextract
 https://www.facebook.com/fidavanilla




Wednesday, 25 June 2014

7 sebab mengapa anda wajib tukar esen anda ke estrak asli?

7 sebab mengapa anda harus tukar esen ke estrak?
1. Esen yang diimport berasal dari punggung beaver
2. Esen juga berasal dari kertas lama direputkan menggunakan bahan kimia sulfite
3. Esen rasa sahaja, tiada manfaat kesihatan
4. Estrak vanilla asli mengeratkan silaturahim antara suami isteri
5. Estrak vanilla asli menceriakan suasana muram
6. Estrak vanilla asli mengandungi vitamin b compleks & galian yang menyihatkan badan kita
7. Estrak vanilla asli adalah mampu menghilangkan mual & loya.

Dapatkan vanilla extract halal & asli yang sudah pastinya bukan berasal dari punggung beaver atau kertas lama direputkan dgn kimia untuk kesihatan anda & pelanggan anda.

#halalvanillaextract
www.fidavanilla.com
0132877769

Tuesday, 17 June 2014

Halal Vanilla Extract

Alhamdulillah halal vanilla extract sudah sampai, halal & asli dari vanilla beans 

Baru baru ni fida dpt tahu pasal sumber lagi satu vanilla esen berasal dari larutan kertas bersama bahan kimia sulfite.
Sedihnya... rupanya esen memang betul2 kimia.

Satu lagi sumber pulak dari binatang beaver. Hm.... lagilah tak lalu fida nak makan.

Apa2 pun, extract yang fida kongsikan bersama hanya asli dari vanilla beans, kita dpt 2 benda, wangi vanilla bean dpt & khasiat vanilla pun dpt.

Why not try out these extract for this year raya cookies & cakes? insyaAllah perniagaan akan berlipat kali ganda.

Amin!
Salam menyambut Ramadhan semua
Fida Vanilla
www.fidavanilla.com
0132877769

Thursday, 1 May 2014

A trip to the Cat Cafe

Assalamualaikum & salam bulan mei. Cepatnya masa berlalu, tahu tahu dah masuk bulan 5, tambahan pula kita dah masuk Rejab bagi bulan Islam, tidak lama lagi akan masuk Syaaban & Ramadhan. Banyaknya persiapan yang perlu kita buat :)

Beberapa hari lepas, anak-anak menyuarakan keinginan untuk membela kucing di rumah. Sampai menangis-nangis nak bela kucing. Fida tinggal di apartment, & house rule di apartment fida tinggal tidak membenarkan untuk membela kucing. Fida dah banyak kali selamatkan kucing, tapi  fida tidak membela kucing kerana hormati house rule & juga hormati jiran yang takut kepada kucing.

Akhirnya fida terserempak dengan video "Tokyo cat cafe" di youtube, best sangat, kita sambil minum teh atau kopi sambil bermain dengan kucing, kemudian fida terfikir alangkah seronoknya kalau cat cafe berada di Malaysia. Fida pun gemar kucing, gemar yang amat-amat. :)

Sekali tu, kita google lah cat cafe malaysia. Dalam carian google ada 3 di Malaysia, setakat pencarian fida,

1. Di Penang ( Jauhlah Pulak)
2. Di Danau Kota ( Masih lagi jauh dari rumah fida - kesian nak suruh cik abang drive semata-mata nak main kucing )
3. Di USJ15 ( wah subang jaya je, boleh lah... dah dekat dah ni)

So kami pergi, semalam pada 1 mei 2014, kerana terpengaruh dengan konsep kucing di dalam cafe, kami smpi sebelum waktu kedai buka & kami siap suruh kedai buka awal, semata-mata terpengaruh dengan konsep dpt main kucing sambil minum kopi. hebat sungguh konsep ni, lebih-lebih lagi untuk peminat kucing. yes, Fida memang suka kucing, anak-anak pun sama.

I don't want to say much, let the video speaks itself :) Kalau tak nampak youtube player kat blog, boleh klik di link ini: http://www.youtube.com/watch?v=NG_K9GiNuH8 ke video fida di youtube. :)

Nama cafe ini adalah coffee cottage. ia amat simple sekali design cafe tersebut, hingga suami fida ter inspirasi nak buka galeri fotografi sukannya www.asiana.my , sekali dengan concept cafe agar photographers dapat berkumpul bersama. (fida suka sebab boleh fida develop idea whole vanilla concept cafe )

Pro:

  1. 1. tiada additional charge untuk bermain dengan kucing. cuma kita beli drinks or desserts & boleh dibawa ke bilik bermain bersama kucing. 
  2. Bulu kucing lembutnya yang amat... silky smooth.... jeles
  3. design for cafe simple & smart, menu pun best-best juga, more to desserts & light snacks


cons:

  1. cat room agak panas ( mungkin kerana hendak menjaga suhu supaya sesuai dengan kucing-kucing, cadangan: Ventilation is needed
  2. Oleh kerana mereka sibuk menguruskan customers di luar, mereka tidak menghadkan kemasukan orang untuk bermain dengan kucing. maka ramai sangat nak main dengan kucing, namun kucing sikit. bila orang ramai, kucing tidak sampai 10 ekor, namun lebih 10 orang masuk di dalam bilik bermain kucing. Dengan itu, masa bermain dengan kucing tidak dapat lama, lama-kelamaan fida rasa rimas. Sampai ada seekor kucing ni, dia macam takut dengan ramai orang,  dia asyik mencakar pintu storage seakan suruh buka sebab dia hendak menyorok. ( Cadangan: Sediakan 1 staff untuk kemasukan orang bermain dengan kucing agar setiap orang dapat bermain lama dengan kucing) 
  3. Kucing -kucing semuanya dewasa sudah dikira senior citizen, so tahap bermain mereka sudah kurang, Cadangan: mungkin pihak cafe boleh cari kucing yang masih lagi suka bermain lazimnya dari umur 9bulan ke 2 tahun, kucing umur begini suka bermain dengan kita, lebih dari itu, mereka sudah tua & gemar lebih berehat dari bermain. 
Anyway, ni sekadar cadangan sahaja, my children tetap dapat melepaskan rindu membelai kucing, kami akan datang lagi, kerana kucing, mungkin di waktu yang kurang sibuk. :)

Till then
We meet again
Assalamualaikum 
Fida Vanilla  ( <------ Jom like page Fida :) terima kasih! ) 

Terima Kasih kerana membaca!
:) 
Have a great day!


Sunday, 27 April 2014

Iklan iklan kucing yang Awesome & kelakar, comel pulak tu. :)

Assalamualaikum & salam vanilla,
biarlah topik menceritakan entry fida pada kali ini.

Iklan iklan kucing yang Awesome & kelakar, comel pulak tu. :)
Enjoy! :D
Terngiang-ngiang lagu soundtrack dia. Anak-anak pun suka tengok. 


Iklan Awesome untuk peminat kucing & peminat fotografi


Suami masak lauk kucing. Erk!


Makan Chewing Gum, dapat kucing... Wah!!!! bestnya dapat bergolek diatas permaidani bulu kucing!!!!!


Filem Sensasi 2014: Kucingku Gengster 


Syurga Kucing Ikea

Kucing CPR


Usahawan Kucing! Jom Jalan!

Canggihnya iklan iklan mereka yang melibatkan kucing. :) Yang mana iklan kegemaran anda? jom Komen di bawah! :) 

Selamat menonton
Salam Vanilla
Fida Vanilla

Saturday, 26 April 2014

Penjagaan Kulit Orang Asia

Lazimnya kita ketahui orang Jepun & Korea antara orang-orang yang cantik kulit muka mereka kan? Tak campur dengan produk-produk penjagaan kulit muka yang jauh lebih canggih ( khabarnya 8-12 tahun) dari produk orang eropah. ( first time dengar Asia lagi maju dari Eropah ) Namun bagaimana canggih produk tersebut, rupanya ada cara untuk pakai produk mereka ini agar kita mendapat hasil maksima untuk kulit muka kita. Dibawah fida serta cara fida menjaga kulit muka setelah membuat kajian tentang penjagaan kulit muka orang korea & jepun.

Bagaimana fida menjaga kulit muka?
Membuat sedikit kajian, rupanya kulit asia dan kulit orang eropah berbeza dari segi lapisan epidermis & dermis.
Basically, kulit orang asia perlukan lebih kelembapan, kurang berminyak serta perlindungan uvray yang tinggi agak dpt melindungi kulit kita dari panahan terik matahari garisan khatulistiwa 

Pada minit 1:13, mereka membincangkan perbezaan kulit orang asia & orang caucasian ( eropah). 

Maka kebiasaannya, produk kulit asia yang dihasilkan untuk orang asia lazimnya sesuai untuk orang asia, manakala sama juga sebaliknya bagi produk keluaran eropah. Sekiranya anda dapati produk yang digunakan tidak sesuai, mungkin anda boleh tengok kembali samada produk yang digunakan adakah dihasilkan untuk orang asia atau orang eropah.

Pengalaman fida guna produk yang berasaskan eropah dulu, fida basuh muka pakai cleanser dah kering, pastu pakai toner lagi kering, kemudian pakai moisturizer menjadi terlalu berat di muka menyebabkan breakout.

Fida mmg tidak pernah bernasib baik mencari produk muka yang ideal. Dan kalau dia elok pun, dia jadi ke 1 tahap, kulit muka menjadi 'immune' terhadap produk muka. Apabila fida buat sedikit kajian, kemudian baru fida jumpa jawapan kemungkinan sebab muka fida dulu pernah immune terhadap suatu produk apabila pki terlalu lama. Alhamdulillah fida dh jumpa penyelasaiannya malah ia 'improve' kesan produk muka kita.

Fida pun belajar cara bagaimana orang korea & orang jepun membasuh & menjaga muka mereka setiap hari agar kulit mereka kekal bersih, remaja & sihat. ( lebih kepada jepun kerana fida guna produk jepun sekarang, & fida masih belum campur jenama setelah fida rasa fida sesuai dengan produk ini)  

Fida bukanlah nak kejar muka muda remaja, fida cuma nak jaga kulit muka agar dia sihat kerana ianya amanah dari Tuhan Maha Esa pinjamkan kepada kita. :)

Baiklah, step by step cara fida jaga kulit muka tiap-tiap malam

1. Oil Cleasing Method. 
fida ikut cara minah ni bersih muka guna cleansing oil method. Fida punya oil cleanser recipe 2/3 jojoba oil 1/3 castor. rasanya lepas ni nak guna 2/3 sunflower oil & 1/3 castor oil kerana sunflower oil & castor oil low comedogenic, maknanya tidak sumbat pori. jojoba oil mahal. :D


2. Tekap muka dengan tuala panas buat 3 kali.
3. Gosok muka dengan tuala panas tadi ( indirectly ini akan exfoliate kulit muka kita, membuang sel kulit mati & menghasilkan set kulit baru )
4. Basuh muka dengan cleanser biasa, untuk kesan lebih membersih, guna foaming net, memang rasa lebih best muka bila kita basuh dengan fully whipped facial cleanser.

5. Basuh dengan air suam
6. Bilas dengan air sejuk. Air biasa pun boleh tapi rendamkan muka lama sikit agar liang pori kembali tertutup.
7. Fida guna mild peeling lotion hada labo untuk membersihkan saki baki kulit mati di muka

8. Fida tepek muka guna hada labo whitening lotion dengan patting technique hingga tapak tangan rasa melekat kt pipi : sila klik sini untuk ketahui bagaimana nak pakai : http://www.youtube.com/watch?v=yf1ZtBN_3R0

9. Kemudian fida pakai hada labo whitening milk lotion sebagai moisturizer. Siang 1 titik sahaja.
Malam fida guna 2 titik sahaja untuk extra protection. http://www.youtube.com/watch?v=0Fv0U41pLyQ

10. Siang: kalau fida keluar rumah, Fida sudahi dengan sunblock hada labo. Beli sbb masa tu murah ada sale, plus takut nk campur brand lain sebab pengalaman fida dulu.
Malam: since dah pki 2 titik. Fida x tmbh lagi apa-apa.
fida tahu banyak sangat step by step nya tapi itulah yang membersihkan kulit muka kita. Ini pun sikit, sbb tak campur lagi essence, krim mata & moisturizing mask.
 Boleh tengok minah korea ni, macam mana dia bersihkan muka dia tiap-tiap malam. 

ada seorang lagi fida suka tengok cara dia bersihkan muka. 


Tapi apa-apa pun, exfoliation itu penting. Kerana kulit muka akan ada sel mati di lapisan paling atas. Kalau kita tak exfoliate tiap tiap hari, kulit mati terkumpul tebal jadi lapisan maka automatik kulit kita jadi immune terhadap produk yang kita pakai. Ooooo.... itu kisahnya.

Cara orang jepun buat moisturizing mask 
Berapa kerap kita nak pakai mask? Sebenarnya kalau ikut disiplin orang jepun. Masker kena pakai tiap tiap hari. Yes, fida tau facial sheet mask mahal. Tp kita boleh buat sendiri kat rumah dengan kos yang amat murah serta mudah nak buat. Pki pun x lama, 3 minit je. :) 

* fida tahu fida guna satu jenama je: hada labo, ini adalah sebab Alhamdulillah fida tak mempunyai masalah guna produk mereka, tambahan fida masih lagi takut nak bercampur produk. sekiranya anda lebih selesa guna produk anda sendiri, boleh sahaja gunakan, asalkan cara pembersihan itu dapat memberikan kesan maksima untuk kesihatan kulit muka anda. :)

sekian sahaja untuk sharing skincare routine yang fida buat sekarang ni. Semoga bermanfaat kepada semua.
:)
Till then we meet again
Assalamualaikum
Salam Vanilla
Fida Vanilla

Thursday, 17 April 2014

Jom buat DIY facial sheet mask

Resipinya:

Peralatan:
1 mangkuk
1 compressed sheet mask
10ml air mawar atau jus timun atau jus lemon, jus epal, & pelbagai resipi boleh kita guna, atau air bilasan beras pun boleh. ( sebenarnya lebih pun boleh, letak sehingga mask x mampu serap kesemua air perahan tersebut )
Pakailah selama 20minit. utk rawatan 3-4 kali seminggu
sekiranya pakai setiap mlm, cukup hanya 3 minit, itulah rahsia kecantikan pakar kulit jepun Chizu Saeki, mengekalkan kulit muda remaja walaupun sudah berumur lebih 70an.

(dalam video youtube fida guna moisturizing lotion untuk membuat masker fida. :) )

Enjoy!

Oh ya rupanya setelah dikembangkan

Salam Vanilla
Fida Vanilla

jangan lupa untuk klik like ye?
Have a great day!
:)

Wednesday, 16 April 2014

Fakta menarik semasa saya kembali aktif menjaga kulit muka

Gambar dari http://www.gnet.org/the-truth-about-hyaluronic-acid/

Kebelakangan ini, fida mula kembali aktif menjada kulit muka. Fida sedar muka fida seakan kusam macam kurang nutrisi. Apabila fida mencuba produk jepun ini yang mengandungi Hyaluronic Acid, fida mula membuat sedikit kajian, akhirnya fida temui 10 fakta menarik sepanjang RnD fida di ruang internet. :)

Fakta menarik semasa saya kembali aktif menjaga kulit muka
1. Fakta tentang hyaluronic acid.
2. Kemungkinan sebab mengapa boleh ada sesetengah orang alah kepada hyaluronic acid.
3. Perbezaan kulit orang asia dan orang eropah
4 pentingnya jaga kulit muka. Lebih lebih kita orang asia. 
5. Ada cara nak pakai produk skincare jepun atau korea.
6. Teknologi skincare jepun & korea 8 hingga 12 tahun lebih maju dari Teknologi skincare eropah.
7. Ada youtube channel khas tentang bagaimana nak guna rangkaian produk hada labo
8. Kepelbagaian guna hada labo lotion(toner step)
9. Punca kenapa tiba2 kita immune terhadap produk skincare yg kita pki.
10. Petua bagaimana pakar kulit jepun mengekalkan kulit muda remaja walaupun sudah berumur 70an


So fida akan kupas fakta mengikut susunan di atas. InsyaAllah... 

Salam Vanilla 
Fida Vanilla

Thursday, 10 April 2014

Diy elsa dress project

Assalamualaikum, ini adalah dedication entry to my neighbour cum urut lady cum sometimes look after my children when my husband and I have to attend meetings & seminars. She is Kak Ani
Hari tu, pergi rumah kak ani, tetiba termasuk topik frozen. Then suddenly dua dua keluar mentol atas kepala. Jom buat baju elsa utk aisyah nak? Fida ok je. Tp x pandai jahit, so kak ani mmg suka jahit. Ok x pe, fida beli kain. Then fida bg kak ani. Sekali jeng jeng jeng ..... keluarlah hasil begini
Bukan main berposing Aisyah
Abang Azizi pun nak interframe :)
Bersama Anak lelaki sulongku azizi, Anak Bongsu Kak Ani, Dinah dengan costume sleeping beauty inspired. Tak lama keluar cerita Maleficent kan? hehehehe
Aisyah tumpang pakai crown Dinah, sudahnya balik mlm tu, dia bising kat papanya nak beli crown yang exactly sama jugak
Ni dia pakai cape ala 'elsa' dari frozen. Baju macam pengantin dah...... :)

Anyway, I'm really amazed dengan ketekunan & kesabaran Kak Ani, buat baju ni, bukan mudah rupanya. Tak sabar nak tunggu baju Dina siap, boleh posing sesama kat club house rumah kami nnt. :)

Saturday, 8 March 2014

Pray For Missing MH370

Pada tanggal 8-3-2014, Malaysia dikejutkan dengan berita yang amat sedih & hiba sekali.
Hilangnya MH370 dari radar secara tiba-tiba.
Tanpa sebarang tanda -tanda kehilangannya.
Sebagai rakyat Malaysia, fida memang amat terkesan sekali dengan kehilangan ini.
Kerana fida bangga dengan Malaysia Airlines,
fida suka sangat layanan yang diberikan oleh cabin crew Malaysia Airlines.
Pengalaman pertama fida naik kapal terbang adalah Malaysia Airlines.

yang membuatkan fida amat terasa sedih & hiba sekali, apabila fida terbaca satu blog, mengenai message yang dihantar dari menara kawalan kepada pesawat MH370,
http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/03/mesej-sayu-buat-pesawat-mh370-dari.html


Apa yang kita ada sekarang ini, adalah doa sebagai senjata untuk kembalikan mereka ke pangkuan keluarga & orang tersayang. 

Fida terjumpa amalan doa untuk kembalikan orang atau barang yang hilang.
Semoga ikhtiar doa tersebut, diterima & dimakbulkan oleh Allah, agar penantian & pencarian ini cepat bertemu penyelesaiannya. Amin


Amalan dan Doa untuk Mengembalikan Orang Hilang

Amalan dan doa ini saya mengutip dari kitab Mujarrabat Imamiyah. Salah satu kitab kumpulan tajribiyah (eksperimen) ilmu-ilmu dari Imam Ali bin Abi Thalib (sa). Penulisnya Allamah Sayyid Muhammad Ridha Ar-Ridhawi An-Najafi, salah seorang ulama besar, alim dan wara’, keturunan Rasulullah saw dari jalur silsilah Imam Ali Ar-Ridha (sa). Amalan dan doa yang ada dalam kitab ini telah tajrib, dieksperimen, oleh para ulama dan kaum mukminin. Tentunya agar amalan dan doa ini mujarrab, harus didasari oleh keyakinan yang kuat dan niat yang baik serta ikhlas.
Tentang amalan untuk mengembalikan orang hilang atau barang hilang, kitab ini menyebutkan tujuh macam, antara lain:
1.  Allamah Sayyid Nikmatullah Al-Jazairi (ra) mengatakan kepada sebagian sahabatnya: jika doa ini didawamkan, dibaca secara istiqamah, dapat mengembalikan orang atau sesuatu yang hilang. Doanya sebagai berikut:

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ، اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ
Yâ Jâmi’an nâsi liyawmin lâ rayba fîhi, innallâha lâ yukhliful mî’ât, ijma’ baynî wa bayna …
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….”
Dengan doa ini, Allah swt akan mengumpulkan kembali Anda dengan orang, saudara, atau sesuatu yang hilang. (Mujarrabat Imamiyah: 214)
Catatan: pada titik-titik tersebut sebutkan nama orang yang hilang.
2.  Allamah Sayyid Muhammad Ar-Ridhawi mengatakan: hendaknya Anda membaca zikir berikut ini setiap sesudah shalat Isya’ sebanyak (125 kali):

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ بِقُدْرَتِكَ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ بِحَقِّكَ، بِحُرْمَتِكَ، بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ.
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad, lâ ilâha illallâhu biqudratika, lâ ilâha illallâhu bihaqqika, bihurmatika, birahmatika yâ Arhamar râhimîn, Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad.
“Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, tiada Tuhan selain Allah dengan kekuasaan-Mu, tiada Tuhan selain Allah dengan hak-Mu, dengan kemuliaan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi; ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.” (Mujarrabat Imamiyah: 215).
3. Salah satu Keutamaan dan Rahasia surat Abasa, surat ke 80.
Penulis kitab ini mengutip dari kitab Minhâjul ‘Arifîn, suatu riwayat menyebutkan bahwa membaca surat ‘Abasa mujarrab untuk mengembalikan sesuatu yang hilang. Yakni sesudah membaca surat Abasa membaca doa berikut:
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ، اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ …
Yâ Jâmi’an nâs liyawmin lâ rayba fîhi innallâha lâ yukhliful mi’ât, ijma’ baynî wa bayna …
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya tidak Allah pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….” (Mujarrabat Imamiyah: 215)
Disini perlu saya jelaskan bahwa surat dan ayat Al-Qur’an memiliki makna lahir dan makna batin. Di antara makna batinnya adalah kandungan rahasia dan keutamaan di dalamnya untuk hal-hal tertentu, tentunya untuk tujuan yang baik dan positif. Memang kadang-kadang nampaknya antara makna lahir dan makna batin suatu surat Al-Qur’an dan seolah-olah tidak saling berkait. Tetapi sejatinya itu bukan tidak saling berkait, itu jelas berkaitan, hanya saja karena keterbatasan ilmu kita tentang makna Al-Qur’an secara lahir dan batin. Buktinya setiap surat Al-Qur’an memiliki keutamaan sebagimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis Nabi saw dan Ahlul baitnya (sa).


#prayformh370
#fidavanilla
www.fidavanilla.com

Saturday, 1 March 2014

"Heat Stress" dan tip-tip menghindari "Heat Stroke"

Assalamualaikum & salam vanilla, baru - baru ini, suhu semakin meningkat di Malaysia. Fida pun antara pernah mengalami heat stroke. ( Antara kesan -kesan 'heat sroke': pening migraine melampau, muntah-muntah sepanjang hari, pengsan, badan panas seakan demam & sebagainya) 

Gambar adalah dari www.10news.com

Apa yang fida nak share adalah cara untuk elakkan heat stroke, & sejukkan suhu badan anda. 

11 tip - tip untuk elakkan 'heat stroke'
1. pakai baju yang longga & warna yang cerah

2. sentiasa tengok kadar suhu, sekiranya suhu meningkat, elakkan berada di luar rumah. 

3. lindungi kulit anda dari matahari dengan menggunakan krim pelindung matahari. sekiranya berada diluar, pastikan kita tutup kepala kita dengan topi atau payung untuk menyejukkan kepala kita. Elakkan pancaran matahari terus ke kepala agar kepala kita terlindung & sejuk. ( Apabila kepala panas, ia akan menaikkan suhu badan, menyebabkan kita migraine sepanjang hari - pengalaman fida sendiri, smpi muntah muntah.) 

4. Banyakkan minum air masak. walaupun tidak haus, pastikan minum air masak. Ini adalah untuk menyejukkan badan anda & boleh membantu bagi mengelakkan heat stroke

5. NO NO NO minuman berkafein ( kopi & teh - wah!!!!! fida suka kopi & teh) & serta beralcohol ( untuk yang bukan muslim ). kerana minuman sebegini tidak akan menghilangkan haus anda, ia akan membuatkan suhu badan semakin meningkat. 

6. Makan buah-buahan serta sayur-sayuran sebelum memulakan aktiviti sukan

7. Elakkan untuk duduk di dalam kereta ketika di parkir kereta. Adalah lebih sejuk berteduhkan pokok di padang, dari duduk di dalam kereta ketika diparkir. walaupun kereta dipasang hawa dingin.( ingat tak kes-kes kanak-kanak meninggal ketika ditinggalkan di dalam kereta? Nauzubillah )

8. Elakkan untuk berada di dalam kawasan sesak, kerana bila terlalu sesak, ia akan menjadi lebih panas, apabila heat stroke berlaku, maka antara situasi yang kita hadapi apabila seseorang akan pengsan dari kesan heat stroke tersebut

9. Kerap berhenti seketika ketika melakukan aktiviti luar rumah. seperti berkebun, bertukang, atau apa aktiviti berjemur, sentiasa berehat seketika sebelum sambung balik bagi sejukkan badan anda. 

10. Jadualkan aktiviti agar dilakukan pada waktu kurang panas. Lazimnya waktu panas berlaku anta 10 pagi hinggi 6 petang. cuba 'adjust' aktiviti tersebut agar dilakukan sebelum tempoh itu, atau lepas tempoh itu. sekiranya tidak dielakkan, maka ikutilah saranan berpayung & banyakkan minum air masak ketika aktiviti waktu panas. 

11. Tanya doktor anda sekiranya anda mempunyai kondisi kesihatan atau situasi perubatan yang cenderung ke arah heat stroke, adalah penting untuk ketahui samada ubat yang anda ambil turut menaikkan suhu badan atau tidak 

tip-tip ini diterjemahkan dari http://www.wikihow.com/Prevent-Heat-Exhaustion, agar kita dapat menjaga tubuh badan kita, kurangkan sakit, lebihkan sihat, lebihkan produktiviti.  

Semoga bermanfaat
Fida Vanilla 
+60132877769
www.fidavanilla.com




Friday, 21 February 2014

How To: Garam Mandian ala Aromaterapi

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu, pada entry blog kali ini, Fida nak share tentang membuat garam mandian ala aromaterapi. 
Kita semua sudah mengetahui manfaat & kebaikan mandi air garam. Apa kata kita 'upgrade' sedikit garam mandian kita dengan wangian semulajadi Aromaterapi sekaligus memberi manfaat kepada kita. :)
Bagi yang ingin mengetahui manfaat & kebaikan garam bukit mengikut perubatan Islam : sila tekan sini. 

Untuk resipinya : 
Ini adalah salah satu cara untuk buat garam bukit mandian ala aromaterapi. 
essential oil yang digunakan adalah (lebih kurang) 10 titis lavender, 2 titis peppermint & 10 titis lemon. 

Manfaat di dalam aromaterapi: 
Lavender ( mengurangkan stress )
Lemon ( naikkan mood gembira ), 
Peppermint ( untuk kesegaran )

Cara guna: 
penuhkan air di dalam baldi tinggi lutut, kemudian masukkan 4 sudu besar garam bukit, kacau lawan arah jam, niatkan yang baik baik, kemudian mandi air garam pada bilasan terakhir. ( seeloknya pada waktu dhuha atau selepas tengah malam ) 

Semoga bermanfaat.
:) 
#fidavanilla
www.fidavanilla.com
+60132877769
Video tutorial: Bagaimana fida membuat garam mandian bukit ala Aromaterapi
Rupa garam bukit untuk mandian, saiz ideal adalah kasar sebegini.

Masukkan essential oil di dalam bekas garam
Fida guna sudu ini untuk menyukat garam mandian fida. 

Wednesday, 29 January 2014

Jom buat sendiri: Krim ruam lampin DIY

Assalamualaikum & salam vanilla,
apa khabar semua vanilla fans? Kebelakangan ini, Fida didedahkan oleh situasi yang dihadapi pelanggan-pelanggan fida dari kalangan ibu muda, :) , mereka bertanyakan apakah produk paling elok & natural untuk merawatinya ruam lampin bayi bayi mereka? Kerana ramai mula sedari bahawa terdapat steroid di dalam krim anti ruam lampin. ('Huh? biar betul' dalam hati fida. )

Fida pun buat beberapa research untuk DIY krim anti ruam lampin. Antaranya memerlukan bahan yang penting.

1. Zinc oxide. bahan galian. agak susah nak cari.

2. Oatmeal. ye, oatmeal boleh digunakan. kisar oatmeal sehingga betul betul halus & masukkan ke dalam DIY salve kita nanti.

3. Kaolin clay, pun bertindak mengeringkan kelembapan. itu yang kita perlukan. Ruam menjadi lebih teruk bila kawasan kekal lembap terlalu lama.

4. Beeswax ( lilin lebah ), bertindak memulihkan kulit rekahan & luka, & memberikan satu lapisan melindungi kulit dari terdedah kepada ruam

5. Shea Butter. elok untuk kulit ruam kerana ruam sebenarnya gatal, ia digunakan untuk mengurangkan kegatalan kulit.

6. Cocoa butter - memulihkan kulit sensitif. Lazimnya kulit mempunyai ruam adalah kulit yang sensitif, maka ccoa butter dapat mengurangkan kerengsaan kulit sensitif. lazimnya eczema & dermatitis.

7. Aloe Vera - Menyejukkan rengsa kulit ruam hampir segera. betul, fida mempunyai pengalaman kulit kering & ruam, adakala kulit tersebut menjadi terlalu panas. maka apabila fida sapu aloe vera gel. Alhamdulillah ia menyejukkan kulit. Kerengsaan pun berkurang.

Anda boleh hasilkan sendiri krim ruam lampin menggunakan kesemua bahan di atas. ( untuk zinc/kaolin clay/oatmeal, guna salah satu sahaja dari produk ini kerana kuat dalam mengurangkan kelembapan & kita tidak mahu kulit anak-anak kita menjadi terlalu kering )

ataupun anda boleh guna resipi fida jumpa di internet.

           Resipi Krim Anti Ruam Lampin
  • 75gram lilin lebah atau beeswax
  • 1/4 cawan tambah 2 sudu besar minyak kelapa
  • 30gram shea butter 
  • 2 sudu besar cocoa butter
  • 2 sudu besar (kaolin clay/ zinc oxide/ oatmeal dikisar halus)

  1. Larutkan semua di dalam mangkuk
  2. guna method double boiling
  3. setelah semuanya lebur (melted), gaulkan ia sehingga semua sebati. 
  4. Masukkan ( kaolin clay/zinc oxide/oatmeal & gaulkan hingga sebati tidak bergentel)
  5. tuang ke dalam bekas, biarkan ia sejuk.
  6. Sapu ke tempat ruam. insyaAllah ia akan mengurangkan kesan ruam pampin. 
  7. Sesekali pakai aloe vera gel, tunggu hingga kulit meresap kesemua gel tersebut hingga kering & sapu kembali krim anti ruam ini. :)
Semoga Bermanfaat! 
Salam Vanilla, 
Fida Vanilla
www.fidavanilla.com 

Enjoy!