Buy Vanilla Beans Here

Sunday, 3 November 2013

Whipped Tahitian Vanilla Bean Butter Recipe

Assalamualaikum & Salam Vanilla kepada semua vanilla fans, 
Hari ni fida nak share recipe whipped tahitian vanilla bean butter. 

sedap sgt bila kita buat roti bakar dgn butter ini. :)
125 gram mentega
1 batang tahitian vanilla bean
3 sudu besar gula icing

Cara-caranya: belah vanilla bean, keluarkan isinya di dalamnya menggunakan belakang mata pisau. masukkan 125gram mentega, isi vanilla beans tersebut. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan gula icing hingga kesemuanya sebati. 

masukkan ke dalam mangkuk, & masukkan ke dalam peti ais, bila nak guna, keluarkan & biarkan lembut, & sapu di atas roti putih atau roti butterscotch. 

nak lagi best, lepas sapu tu, bakar di dalam preheated oven 200 celcius selama 5 minit atau hingga keperangan. Jamu ketika panas bersama teh O atau teh Vanilla bean. 

Selamat menjamu selera
Selamat mencuba!

Salam Vanilla 
Fida Vanilla
website fida: www.fidavanilla.com

Bahan-bahan yang digunakan

Mentega 125g, lebih kurang 1/2 buku mentega :)
Biji Vanilla Beans yang dikeluarkan menggunakan belakang mata pisau. 

Vanilla Beans yang dimasukkan bersama dengan mentega sebelum dipukul

Vanilla Bean yang dikeluarkan isinya boleh dimasukkan ke dalam balang gula atau garam, wangi!!!!!
Setelah mentega dipukul bersama vanilla beans, tujuan diletakkan awal adalah utk memastikan biji vanilla bean tidak berkumpul setempat. 

Hasilnya setelah dicampurkan gula icing. 
Masukkan ke dalam mangkuk kecil. Simpan dalam peti ais. boleh guna dalam masa 2 minggu. :)

3 comments:

  1. sis mane nak dptkan vannila bean ni kat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Vanilla, boleh dapatkan dari fida di www.fidavanilla.com atau hubungi fida whatsapp 0132877769 :)

      Delete
    2. Sorry ye lmbt reply, kerana fida baru perasan banyak komen di dalam blog tetapi fida tidak mendapat notification komen di blog fida. :)

      Delete