Buy Vanilla Beans Here

Sunday, 29 September 2013

Macam mana nak dapat free website template?

Assalamualaikum,
Salam Vanilla.
Happy Monday!
                       Minggu lepas fida bertungkus lumus menyiapkan website fida. Sebenarnya fida dah ada website dulu, tapi disebabkan fida lambat nak renew domain n hosting sudahnya website fida expired, dah bila fida nak renew, fida kena byr umpama website baru. Dek kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, (dahlah x dapat reminder bila website tamat, tahu tahu dah expired ) Fida memang perlukan website. saje -saje suka nak meng e-commercekan diri. Akhirnya fida disarankan oleh jiran untuk tengok template yang cun cun disediakan oleh sebuah hosting provider.
                      A thing or two about website ni, Fida ni tidak berapa tahu terms terms internet sangat, baru-baru ni Fida tahu bahawa Domain tu adalah alamat website kita macam www.websitekita.com, tapi kalau beli domain pun, tidak semestinya kita ada website. Untuk mengjadikan website di internet, kita jugak perlukan hosting. Bahasa offline mudah paham, Domain adalah alamat kedai, Hosting tu adalah kedai tu sendiri.

http://fidavanilla.wix.com/fidavanilla
My website sekali dengan shopping cart. Shopping cart provider pun percuma tau. Nak tahu macam mana caranya?

                   Domain tu nanti dulu, sebab domain tu berbayar, yang fida nak share adalah hosting provider yang free yang kita boleh pilih template-template yang cantik.
                   1. Pergi kepada www.wix.com, Fida suka template mereka, banyak sangat yang cantik, sampai rambang mata.

                     2. Klik di Login/Signup di atas hujung kanan. 
                     3. Kemudian dia keluar kotak ni, tekan Create New Account

                   
                      4. Dia akan keluar Kotak 'Sign Up', isikan maklumat yang diperlukan. 
                      5. Fida dah sign up, so fida log in seperti biasa.  
                      6. Bila log in, klik 'Templates' bahagian atas, betul-betul sebelah logo WIX, dan anda akan dipaparkan template-template mengikut kepakaran anda. 
                      7. So fida klik edit di template Food Photographer ( sebagai contoh ) 


8. Fida akan dibawa ke page ini untuk mengedit mengikut kehendak Fida. 


9. Untuk menukar kandungan, simply double click untuk keluar kotak bagi ruang tersebut dan taip atau tukar mengikut citarasa kita. Mudah sekali! yang penting kena rajin explore kemudian kita dapat apa yang kita nak. 
10. Setelah berpuas hati menukar isi kandungan, tekan klik 'save' kemudian 'publish' ( macam dalam blogger ). so alamat website anda akan keluar lebih kurang macam ni, http://NAMAwebsiteANDA.wix.com/NAMAwebsiteANDA
Yang best tentang template yang disediakan, kita boleh aktifkan mobile website view untuk easy viewing bagi telefon pintar. 
11. Manakala butang Upgrade adalah untuk kita upgrade pakej free kepada pakej-pakej berbayar wix, sekarang tidak perlu buat apa-apa, sebab dengan free pun kita dapat website yang cantik-cantik. 
12. Sekali untuk kali ini, insyaAllah fida akan share bagaimana nak dapatkan shopping cart free untuk website ini. 

Seronoknya bila benda best adalah free! 
Syukur Alhamdulillah
Thank you for reading!
Till next entry, 
Semoga bermanfaat!
Salam Vanilla
Assalamualaikum 
Have a nice day!



                 

2 comments: