Buy Vanilla Beans Here

Sunday, 29 September 2013

Macam mana nak dapat free website template?

Assalamualaikum,
Salam Vanilla.
Happy Monday!
                       Minggu lepas fida bertungkus lumus menyiapkan website fida. Sebenarnya fida dah ada website dulu, tapi disebabkan fida lambat nak renew domain n hosting sudahnya website fida expired, dah bila fida nak renew, fida kena byr umpama website baru. Dek kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, (dahlah x dapat reminder bila website tamat, tahu tahu dah expired ) Fida memang perlukan website. saje -saje suka nak meng e-commercekan diri. Akhirnya fida disarankan oleh jiran untuk tengok template yang cun cun disediakan oleh sebuah hosting provider.
                      A thing or two about website ni, Fida ni tidak berapa tahu terms terms internet sangat, baru-baru ni Fida tahu bahawa Domain tu adalah alamat website kita macam www.websitekita.com, tapi kalau beli domain pun, tidak semestinya kita ada website. Untuk mengjadikan website di internet, kita jugak perlukan hosting. Bahasa offline mudah paham, Domain adalah alamat kedai, Hosting tu adalah kedai tu sendiri.

http://fidavanilla.wix.com/fidavanilla
My website sekali dengan shopping cart. Shopping cart provider pun percuma tau. Nak tahu macam mana caranya?

                   Domain tu nanti dulu, sebab domain tu berbayar, yang fida nak share adalah hosting provider yang free yang kita boleh pilih template-template yang cantik.
                   1. Pergi kepada www.wix.com, Fida suka template mereka, banyak sangat yang cantik, sampai rambang mata.

                     2. Klik di Login/Signup di atas hujung kanan. 
                     3. Kemudian dia keluar kotak ni, tekan Create New Account

                   
                      4. Dia akan keluar Kotak 'Sign Up', isikan maklumat yang diperlukan. 
                      5. Fida dah sign up, so fida log in seperti biasa.  
                      6. Bila log in, klik 'Templates' bahagian atas, betul-betul sebelah logo WIX, dan anda akan dipaparkan template-template mengikut kepakaran anda. 
                      7. So fida klik edit di template Food Photographer ( sebagai contoh ) 


8. Fida akan dibawa ke page ini untuk mengedit mengikut kehendak Fida. 


9. Untuk menukar kandungan, simply double click untuk keluar kotak bagi ruang tersebut dan taip atau tukar mengikut citarasa kita. Mudah sekali! yang penting kena rajin explore kemudian kita dapat apa yang kita nak. 
10. Setelah berpuas hati menukar isi kandungan, tekan klik 'save' kemudian 'publish' ( macam dalam blogger ). so alamat website anda akan keluar lebih kurang macam ni, http://NAMAwebsiteANDA.wix.com/NAMAwebsiteANDA
Yang best tentang template yang disediakan, kita boleh aktifkan mobile website view untuk easy viewing bagi telefon pintar. 
11. Manakala butang Upgrade adalah untuk kita upgrade pakej free kepada pakej-pakej berbayar wix, sekarang tidak perlu buat apa-apa, sebab dengan free pun kita dapat website yang cantik-cantik. 
12. Sekali untuk kali ini, insyaAllah fida akan share bagaimana nak dapatkan shopping cart free untuk website ini. 

Seronoknya bila benda best adalah free! 
Syukur Alhamdulillah
Thank you for reading!
Till next entry, 
Semoga bermanfaat!
Salam Vanilla
Assalamualaikum 
Have a nice day!



                 

Thursday, 19 September 2013

ATP 2013 Buffet Dinner Promo at Makan Kitchen, Double Tree by Hilton

Assalamualaikum & salam vanilla semua, 
pada entry kali ini, fida nak cerita mengenai promosi oleh Hotel Double Tree Hilton sempena ATP sedang berlangsung sekarang ni. 
Apa promosinya? ianya adalah kupon 1+1, maknanya  kawan anda lagi seorg dapat makan malam percuma di makan kitchen, double tree hilton. best tu. makan mlm buffet. 
so pada Hari Malaysia yang lepas, husband fida bawa kami sekeluarga dan dia teringin nak belanja famili kakaknya sekali. 
Alhamdulillah buffet spread ok, cuma tiada oyster, melepas nak rasa raw oyster. huhuhu. 
Promosi dia sampai 31 oktober 2013, bolehlah nak bawa famili berbelanja makan sedap sekali sekala, membawa client for a dinner treat. tapi syaratnya kena bawa sekali pamphlete atp untuk kupon promosi buffet tersebut. Oh ya! mana nak dapat pamphlet ni? di Makan Kitchen sendiri ada, di stadium bukit jalil pun ada. 
Till I blog again!
Fida Vanilla
The secret ingredient in your bakery! 
Assalamualaikum
Have a great day!
Ini dia page fida: Fida Vanilla - Vanilla Beans. https://www.facebook.com/fidavanilla
My S-i-L menikmati juadah sebelah sana, anak lelaki dia. 
My family - alahai Aisyah kenapa naikkan kaki tu? 
  

My hubby, menunjukkan hasil kerjanya di dalam pamphlet ATP 2013
Aisyah posing sambil tengok youtube
Hehe, bilik air cantik beraroma terapi lagi, terpaksa posing gitu. :)
Anak-anak pelik melihat asap sejuk 

Anak Bujangku Azizi posing hensem
View KLCC
Keluarga Kami & Sister in Law: Kak Mastura & Abang Bahrom

Alhamdulillah dapat tempat duduk secluded sikit, anak-anak boleh berbising dalam bilik tu. 

Rupa pamphlete ATP 2013
Tu dia Kupon Buffet Dinner 

Bangga kerana kesemua gambar di dalam pamphlete ini adalah hasil kerja fotografi suamiku. 


Saturday, 14 September 2013

Bagaimana letak button buy now di dalam blog kita?

Assalamualaikum & salam vanilla,
hari tu fida baru membuat eksplorasi di blog fida. rupanya blog kita kini boleh diletakkan shopping cart dan menggalakkan pembaca blog kita yang berminat dengan produk kita tawarkan boleh membeli terus menggunakan credit card atau debit card tanpa perlu hubungi kita di email, minta no akaun. dan set up itu adalah PERCUMA.

1. apa yang kita perlukan adalah akaun paypal yang telah diverified.
2. blog kita sendiri.

bagaimana untuk meletakkannya di dalam blog kita?
1. setelah akaun kita telah di 'verified' oleh pihak paypal, kita pergi www.paypal.com, log in seperti biasa
2. setelah log in, pergi ke 'Merchant Services', lepas itu klik 'Buy Now Button',
3. isi segala maklumat tentang produk yang dijual. sesudah isi, klik butang create button.


4. Kemudian system paypal akan generate code untuk kita tampal masukkan ke dalam blog kita. 

5. Tekan butang 'select code' dan copy code tersebut untuk di masukkan ke dalam post di dalam kita. 
6. Di dalam post blog, setelah taip entry untuk produk kita, tukarkan ke HTML, dan paste 'code' paypal tadi paling bawah sekali. Klik 'publish' dan anda akan lihat post anda mempunyai click buy now seperti entry fida yang ini: http://fidavanilla.blogspot.com/2013/09/jumlah-paket-1-paket-rm21.html

Semoga bermanfaat!
Enjoy!
Have a great weekend. 
Assalamualaikum 
Fida Vanilla


Friday, 13 September 2013

The Awesome Tepung Amazing Almondkiss Cookies

Baru-baru ni fida beli tepung Amazing Almondkiss dari Ayi. Bila sudah dapat order, delivery cepat. Alhamdulillah!!  Suka mcm tu. tidaklah terus buat, sebab masa tu fida sakit gigi, pergi buat treatment gigi, tu yg x dapat terus buat. 
Alhamdulillah dapat sedikit buat untuk anak-anak, sebab bekalan biskut mereka sudah habis. kesilapan fida semasa buat resipi ni, fida canai sebesar sudu makan. tu yg besar-besar cookies fida. 
sudahnya tengah jalan, fida tukar ke saiz sudu kecil, anak2 dah habis mkn yang kecil-kecil tinggal yang besar ni je. tu pun dh sikit. 
Disahkan Halal oleh jakim, sesuai kalau kita nk tiba-tiba teringin nak bake tapi sungguhlah x rajin nak timbang itu timbang ini, bahan tambahan cuma 125 gram mentega & 1 biji telur. oklah. Kalau nak try, fida sudah sediakan link di bawah untuk orderkan. Enjoy
Fida



Jumlah Paket