Buy Vanilla Beans Here

Thursday, 26 December 2013

Empty magnetic eye shadow palette

Assalamualaikum & salam vanilla,
Hari ni fida nak share eye shadow palette,
Ianya magnetic pad. So kita boleh letak eye shadow pan ikut warna apa kita suka.
Atau warna lipstick kita suka. :)

Yg ni muat 11 pan saiz 26mm atau 6 pan saiz 36mm

Harga tidak termasuk penghantaran & pan kosong.

Fida beli extra. Kalau berminat, boleh hubungi fida di 013 2877769. 

Sunday, 3 November 2013

Whipped Tahitian Vanilla Bean Butter Recipe

Assalamualaikum & Salam Vanilla kepada semua vanilla fans, 
Hari ni fida nak share recipe whipped tahitian vanilla bean butter. 

sedap sgt bila kita buat roti bakar dgn butter ini. :)
125 gram mentega
1 batang tahitian vanilla bean
3 sudu besar gula icing

Cara-caranya: belah vanilla bean, keluarkan isinya di dalamnya menggunakan belakang mata pisau. masukkan 125gram mentega, isi vanilla beans tersebut. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan gula icing hingga kesemuanya sebati. 

masukkan ke dalam mangkuk, & masukkan ke dalam peti ais, bila nak guna, keluarkan & biarkan lembut, & sapu di atas roti putih atau roti butterscotch. 

nak lagi best, lepas sapu tu, bakar di dalam preheated oven 200 celcius selama 5 minit atau hingga keperangan. Jamu ketika panas bersama teh O atau teh Vanilla bean. 

Selamat menjamu selera
Selamat mencuba!

Salam Vanilla 
Fida Vanilla
website fida: www.fidavanilla.com

Bahan-bahan yang digunakan

Mentega 125g, lebih kurang 1/2 buku mentega :)
Biji Vanilla Beans yang dikeluarkan menggunakan belakang mata pisau. 

Vanilla Beans yang dimasukkan bersama dengan mentega sebelum dipukul

Vanilla Bean yang dikeluarkan isinya boleh dimasukkan ke dalam balang gula atau garam, wangi!!!!!
Setelah mentega dipukul bersama vanilla beans, tujuan diletakkan awal adalah utk memastikan biji vanilla bean tidak berkumpul setempat. 

Hasilnya setelah dicampurkan gula icing. 
Masukkan ke dalam mangkuk kecil. Simpan dalam peti ais. boleh guna dalam masa 2 minggu. :)

Tuesday, 8 October 2013

Apa? Vanilla Esen berasal dari punggung Beaver?

Hasil buangan beaver digunakan sebagai perisa vanilla sintetik. 
Assalamualaikum & salam vanilla, status ini amatlah panjang namun penting untuk kita sebagai pelanggan & bakers membaca. 

Bila Fida Vanilla - Vanilla Beans mendapat tahu info tentang asal usul perisa sintetik vanilla yang digunakan di dalam industri makanan. Fida igtkan ramai yang mengetahui namun ramai yang tidak mengetahui.

Perisa sintetik vanilla digunakan di dalam vanilla esen, lazimnya ia berasal dari 2 sumber, sumber pertama adalah dari kayu kayan, sumber kedua adalah dari excretion( hasil buangan ) dari haiwan beaver kerana diet mereka adalah makan kayu kayan yang dinyatakan di atas.

sumber kedua sebenarnya lazim juga digunakan di dalam industri makanan di Amerika Syarikat, namun sekiranya perisa vanilla esen diimport ke Malaysia maka berhati-hati membuat pembelian agar kita tidak memasukkan perisa 'kumbahan' di dalam makanan kita.

Kenapa perlu ada sintetik sedangkan kita ada pure vanilla bean? kerana vanilla bean adalah rempah kedua termahal di dunia, sentiasa overdemand kerana ianya vanilla yang asli.

kalau sudah ada sumber kayu kayan, kenapa perlu saya ubah kepada pure vanilla extract? jawapannya, bau je sama, bila dah masak, sintetik vanilla esen akan hilang setelah bakeri kita sejuk, yang tinggal untuk bau tengik kek & biskut, bila kek & biskut bau tengik, mesti customer anda x suka, x habiskan kek & biskut tersebut, bukankah itu membazir? bila dah x sedap, customers anda tidak akan repeat order lagi dengan anda. Berlainan dengan Vanilla extract, fida kerap jugak mendapat feedback bahawa bakeri tetap menjadi wangi walaupun bakeri mereka telah sejuk, & customer semakin byk repeat order, & mereka mendapat recommend customer baru. Biarpun mahal sedikit namun nilai yang ia dapat berikan kepada bakers, kepada pelanggan ia tidak ternilai.

Fida terangkan asal usul agar semua vanilla fans dapat tahu asal usul vanilla esen yang anda beli. Kalau dapat asal usul kayu kayan, Alhamdullillah tapi bagaimana pula dengan import? dapatkah kita tahu asal usul esen tersebut? Sedangkan fida dulu pernah mengalami susah mengetahui sumber supplier di kedai bakeri supply.
www.facebook.com/fidavanilla


Rujukan:
Link untuk fakta menarik ini: http://au.ibtimes.com/articles/506227/20130916/beaver-animal-excretion-strawberry-vanilla-raspberry.htm#.UlQL29LbiSo

Di dalam wikipedia, ada menyebutnya : "

Nonplant vanilla flavoring[edit]

In the United States, castoreum, the exudate from the castor sacs of mature beavers, has been approved by the Food and Drug Administration (FDA) as a food additive,[33] often referenced simply as a "natural flavoring" in the product's list of ingredients. It is commonly used in both food and beverages, especially as vanilla and raspberry flavoring.[34] It is also used to flavor some cigarettes and in perfume-making."

Sunday, 29 September 2013

Macam mana nak dapat free website template?

Assalamualaikum,
Salam Vanilla.
Happy Monday!
                       Minggu lepas fida bertungkus lumus menyiapkan website fida. Sebenarnya fida dah ada website dulu, tapi disebabkan fida lambat nak renew domain n hosting sudahnya website fida expired, dah bila fida nak renew, fida kena byr umpama website baru. Dek kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, (dahlah x dapat reminder bila website tamat, tahu tahu dah expired ) Fida memang perlukan website. saje -saje suka nak meng e-commercekan diri. Akhirnya fida disarankan oleh jiran untuk tengok template yang cun cun disediakan oleh sebuah hosting provider.
                      A thing or two about website ni, Fida ni tidak berapa tahu terms terms internet sangat, baru-baru ni Fida tahu bahawa Domain tu adalah alamat website kita macam www.websitekita.com, tapi kalau beli domain pun, tidak semestinya kita ada website. Untuk mengjadikan website di internet, kita jugak perlukan hosting. Bahasa offline mudah paham, Domain adalah alamat kedai, Hosting tu adalah kedai tu sendiri.

http://fidavanilla.wix.com/fidavanilla
My website sekali dengan shopping cart. Shopping cart provider pun percuma tau. Nak tahu macam mana caranya?

                   Domain tu nanti dulu, sebab domain tu berbayar, yang fida nak share adalah hosting provider yang free yang kita boleh pilih template-template yang cantik.
                   1. Pergi kepada www.wix.com, Fida suka template mereka, banyak sangat yang cantik, sampai rambang mata.

                     2. Klik di Login/Signup di atas hujung kanan. 
                     3. Kemudian dia keluar kotak ni, tekan Create New Account

                   
                      4. Dia akan keluar Kotak 'Sign Up', isikan maklumat yang diperlukan. 
                      5. Fida dah sign up, so fida log in seperti biasa.  
                      6. Bila log in, klik 'Templates' bahagian atas, betul-betul sebelah logo WIX, dan anda akan dipaparkan template-template mengikut kepakaran anda. 
                      7. So fida klik edit di template Food Photographer ( sebagai contoh ) 


8. Fida akan dibawa ke page ini untuk mengedit mengikut kehendak Fida. 


9. Untuk menukar kandungan, simply double click untuk keluar kotak bagi ruang tersebut dan taip atau tukar mengikut citarasa kita. Mudah sekali! yang penting kena rajin explore kemudian kita dapat apa yang kita nak. 
10. Setelah berpuas hati menukar isi kandungan, tekan klik 'save' kemudian 'publish' ( macam dalam blogger ). so alamat website anda akan keluar lebih kurang macam ni, http://NAMAwebsiteANDA.wix.com/NAMAwebsiteANDA
Yang best tentang template yang disediakan, kita boleh aktifkan mobile website view untuk easy viewing bagi telefon pintar. 
11. Manakala butang Upgrade adalah untuk kita upgrade pakej free kepada pakej-pakej berbayar wix, sekarang tidak perlu buat apa-apa, sebab dengan free pun kita dapat website yang cantik-cantik. 
12. Sekali untuk kali ini, insyaAllah fida akan share bagaimana nak dapatkan shopping cart free untuk website ini. 

Seronoknya bila benda best adalah free! 
Syukur Alhamdulillah
Thank you for reading!
Till next entry, 
Semoga bermanfaat!
Salam Vanilla
Assalamualaikum 
Have a nice day!



                 

Thursday, 19 September 2013

ATP 2013 Buffet Dinner Promo at Makan Kitchen, Double Tree by Hilton

Assalamualaikum & salam vanilla semua, 
pada entry kali ini, fida nak cerita mengenai promosi oleh Hotel Double Tree Hilton sempena ATP sedang berlangsung sekarang ni. 
Apa promosinya? ianya adalah kupon 1+1, maknanya  kawan anda lagi seorg dapat makan malam percuma di makan kitchen, double tree hilton. best tu. makan mlm buffet. 
so pada Hari Malaysia yang lepas, husband fida bawa kami sekeluarga dan dia teringin nak belanja famili kakaknya sekali. 
Alhamdulillah buffet spread ok, cuma tiada oyster, melepas nak rasa raw oyster. huhuhu. 
Promosi dia sampai 31 oktober 2013, bolehlah nak bawa famili berbelanja makan sedap sekali sekala, membawa client for a dinner treat. tapi syaratnya kena bawa sekali pamphlete atp untuk kupon promosi buffet tersebut. Oh ya! mana nak dapat pamphlet ni? di Makan Kitchen sendiri ada, di stadium bukit jalil pun ada. 
Till I blog again!
Fida Vanilla
The secret ingredient in your bakery! 
Assalamualaikum
Have a great day!
Ini dia page fida: Fida Vanilla - Vanilla Beans. https://www.facebook.com/fidavanilla
My S-i-L menikmati juadah sebelah sana, anak lelaki dia. 
My family - alahai Aisyah kenapa naikkan kaki tu? 
  

My hubby, menunjukkan hasil kerjanya di dalam pamphlet ATP 2013
Aisyah posing sambil tengok youtube
Hehe, bilik air cantik beraroma terapi lagi, terpaksa posing gitu. :)
Anak-anak pelik melihat asap sejuk 

Anak Bujangku Azizi posing hensem
View KLCC
Keluarga Kami & Sister in Law: Kak Mastura & Abang Bahrom

Alhamdulillah dapat tempat duduk secluded sikit, anak-anak boleh berbising dalam bilik tu. 

Rupa pamphlete ATP 2013
Tu dia Kupon Buffet Dinner 

Bangga kerana kesemua gambar di dalam pamphlete ini adalah hasil kerja fotografi suamiku. 


Saturday, 14 September 2013

Bagaimana letak button buy now di dalam blog kita?

Assalamualaikum & salam vanilla,
hari tu fida baru membuat eksplorasi di blog fida. rupanya blog kita kini boleh diletakkan shopping cart dan menggalakkan pembaca blog kita yang berminat dengan produk kita tawarkan boleh membeli terus menggunakan credit card atau debit card tanpa perlu hubungi kita di email, minta no akaun. dan set up itu adalah PERCUMA.

1. apa yang kita perlukan adalah akaun paypal yang telah diverified.
2. blog kita sendiri.

bagaimana untuk meletakkannya di dalam blog kita?
1. setelah akaun kita telah di 'verified' oleh pihak paypal, kita pergi www.paypal.com, log in seperti biasa
2. setelah log in, pergi ke 'Merchant Services', lepas itu klik 'Buy Now Button',
3. isi segala maklumat tentang produk yang dijual. sesudah isi, klik butang create button.


4. Kemudian system paypal akan generate code untuk kita tampal masukkan ke dalam blog kita. 

5. Tekan butang 'select code' dan copy code tersebut untuk di masukkan ke dalam post di dalam kita. 
6. Di dalam post blog, setelah taip entry untuk produk kita, tukarkan ke HTML, dan paste 'code' paypal tadi paling bawah sekali. Klik 'publish' dan anda akan lihat post anda mempunyai click buy now seperti entry fida yang ini: http://fidavanilla.blogspot.com/2013/09/jumlah-paket-1-paket-rm21.html

Semoga bermanfaat!
Enjoy!
Have a great weekend. 
Assalamualaikum 
Fida Vanilla


Friday, 13 September 2013

The Awesome Tepung Amazing Almondkiss Cookies

Baru-baru ni fida beli tepung Amazing Almondkiss dari Ayi. Bila sudah dapat order, delivery cepat. Alhamdulillah!!  Suka mcm tu. tidaklah terus buat, sebab masa tu fida sakit gigi, pergi buat treatment gigi, tu yg x dapat terus buat. 
Alhamdulillah dapat sedikit buat untuk anak-anak, sebab bekalan biskut mereka sudah habis. kesilapan fida semasa buat resipi ni, fida canai sebesar sudu makan. tu yg besar-besar cookies fida. 
sudahnya tengah jalan, fida tukar ke saiz sudu kecil, anak2 dah habis mkn yang kecil-kecil tinggal yang besar ni je. tu pun dh sikit. 
Disahkan Halal oleh jakim, sesuai kalau kita nk tiba-tiba teringin nak bake tapi sungguhlah x rajin nak timbang itu timbang ini, bahan tambahan cuma 125 gram mentega & 1 biji telur. oklah. Kalau nak try, fida sudah sediakan link di bawah untuk orderkan. Enjoy
Fida



Jumlah Paket

Tuesday, 29 January 2013

What is your facial care routine?

Assalamualaikum & Salam Vanilla, 
Fida di sini, hari ni Fida nak share my natural (almostlah hehe) facial care routine. 
My experience with store bought facial products. 
Dulu masa belajar, muka fida teruk diserang jerawat. tmbh lg keinginan nak cepat wajah cantik, tergoda dgn bisikan iklan majalah., + kawan2 yang pki produk2 kedai, muka dorg elok je, dgn packaging canggih. fida pki semua benda tu, sudahnya muka jd mangsa. naik jerawat sepanjang masa, mcm2 buat , tp x nmpk kesan turun. then diri sendiri pujuk mungkin hormon tu, mak fida pun ckp mungkin lepas bersalin, hormon utk hasil jerawat akan beransur hilang. 


masa fida berkahwin, fida dh jd malas nk cuci, nk tone nk moisturize, senang kata jarang sangat fida cuci muka dgn sabun, fida bilas muka dgn air biasa je, no toner no moisturizer. Muka fida tiada naik jerawat, black heads masih ada lg. Jerawat tiada, tinggal parut, tapi muka kusam. Until fida excited dgn 1 produk ni, yang mengandungi emas 24k, spt petua kecantikan ratu mesir purba kala, HAHAHAHAH, tergoda lg dgn iklan, fida beli balik semula produk muka di kedai.1 set lengkap lagi! Masa tu, fida cuma nak muka fida berseri2. hehe, sekali pakai, naik balik segala jerawat, masa tu dah nak 30s, secara logiknya hormon jerawat, nk masuk 30s, the skin should be okay, that's when i realize, my skin tidak sesuai dgn produk2 dijual di kedai. So fida stop pki, then rasa seperti membazir. 

Kemudian bila fida mula belajar buat sabun, fida mula pki handmade soap ( goats milk & shea butter ), Alhamdulillah muka hilang jerawat, ada jugak naik, tp time bulan mendatang, still ok. x mcm pki produk2 kedai - ( bila fida pki produk muka kedai bila basuh muka, muka rasa slimey, then pki toner, muka terlalu kering, terpaksalah lepas tu letak moisturizer, jawablah 2-3 hari lepas tu mesti naik jerawat x turun). fida x tau kenapa. tp mungkin kerana kandungan minyak, air, agent emulsify( yg campurkan minyak + air sekali ) , dgn bahan pengawet ( tu perlu spy produk muka tahan lama di rak kedai ), kandungan tu mungkin terlalu berat sehingga sumbat pori muka fida. huhuhuhu sudahnya muka berparut sekarang. sedih. 

Anyway ni dia routine fida pki utk muka, ada masa fida tak rajin, but still bila fida rajin nk membasuh muka & moisturize, it doesn't burden my skin. tu yg fida nak. hopefully it will be a guide to those nak switch to natural facial routine. 
Ia sepatutnya mudah, murah, natural. 

 
my almost natural facial care routine.

cleanser: pki homemade sabun(fida pki goats milk & sheabutter) , (penah pki buttermilk, husband ckp muka bersinar, yogurt pun boleh)

toner: fida pki air mawar asli. bkn indonesian brand tu. ni air mawar asli local. kena rajin cari sikit. tp itu boleh buat facial mist fida ( tanya kt kedai runcit milik india, kebykan ada jual )

moisturizer : sweet almond oil ( pki olive oil pun bagus, pemakaian minyak as moisturizer haruslah urut muka minyak tersebut hingga larut,) fida perasan, semenjak fida x pki moisturizer jenama di kedai, fida tidak lg berjerawat ( mungkin kandungan mineral oil bercampur bahan lain terlalu berat utk kulit muka fida) namun kulit muka fida agak kering. since fida pki minyak sweet almond, muka x berminyak, fida urut muka pun x lama. below adalah senarai minyak yg sesuai untuk dipakai di muka.

Low Clogging Probability

ALSO THE BEST MOISTURIZER FOR OILY SKIN

Almond Oil (Sweet Almond)
Apricot Kernel Oil
Avocado Oil
Castor Oil ( minyak buah jarak a.k.a franch oil, minyak ni berlekit, tp bila letak sedikit di muka, ia akan meresap ke dalam kulit, tidak sumbat pori))
Emu Oil ( emu - adalah sejenis burung, make sure sesiapa beli emu oil, burung emu itu telah disembelih oleh orang islam)
Evening Primrose Oil
Jojoba
Olive Oil
Peanut Oil
Safflower Oil
Sesame Oil ( kalau sanggup nk bau minyak bijan kt muka hehehe )
Sunflower Oil
Tocopherol (Vitamin E)
Aloe Vera (cold pressed)
http://www.purefectyourskin.com/clogged-pores.html


 

Monday, 7 January 2013

Another DIY project Jom buat minyak wangi roll on

Assalamualaikum & salam vanilla, 
Salam 2013! 

Hari ni fida nak share ilmu bagaimana hendak membuat minyak wangi ala roll-on gitu. Siapa sangka minyak wangi sebenarnya mudah nak buat, malah kita boleh pelbagai kreativiti kita untuk dijadikan minyak wangi custom-made sesuai untuk peribadi kita, ataupun hadiah kepada insan yang tersayang. :) kosnya pula terlalu murah tambahan kita guna bahan wangian semula jadi, essential oil iaitu minyak pati tumbuhan tumbuhan & bunga bunga.

Sebelum fida terangkan lebih lanjut tentang kebaikan bahan-bahan yang kita gunakan untuk membuat minyak wangi, fida sertakan link video youtube.


Resipi Minyak wangi:
5ml Carrier Oil ( sweet almond oil atau jojoba oil atau sunflower oil )
5 titik essential oil ( kalau nak lebih boleh tapi jgn melebihi 20%  daripada jumlah carrier oil. contoh: carrier oil 5ml, maximum 1 ml essential oil )

Gaul & goncang sehingga sebati masukkan kedalam roll on bottle. 
dah siap. boleh guna terus, atau balut untuk dijadikan hadiah. 

Mana nak cari bahan-bahan tersebut?
Essential Oil: fida beli jenama zensuous, ada byk lg jenama, tinggal kena rajin tanya dengan en. google. Fida beli dari brand ni sbb customer service dia bagus. lgpun fida mmg guna essential oil jenama ni utk buat minyak urut fida sendiri setiap kali pergi mengurut. Bila fida stress, fida custom made minyak urut fida khas untuk kurangkan stress (sebagai contoh minyak lavender, geranium, adalah antara minyak2 yang menenangkan & mengurangkan stress kita), bila fida nak rasa wangi & happy, fida buatlah minyak urut fida bau wangi ( lemon & mandarin adalah antara wangian yang boleh memberikan kita senyuman )
Please take note! ada sesetengah essential oil tidak selamat utk digunakan bagi wanita hamil trimester pertama & ibu  menyusu. Walau apa pun, please consult your gynecologist before using essential oil.
Fida sertakan sekali jenis essential oil yang selamat dipakai bagi wanita hamil 2nd trimester & ibu menyusu

Essential oils safe for pregnancy (second and third trimesters)
•    Bergamot
•    Roman chamomile
•    Eucalyptus
•    Geranium
•    Ginger
•    Grapefruit
•    Lavender
•    Lemon
•    Lemongrass
•    Lime
•    Mandarin
•    Neroli
•    Patchouli
•    Petitgrain
•    Rose Otto
•    Rosewood
•    Sandalwood
•    Sweet orange
•    Tea tree
•    Ylang ylang

Essential oils to avoid in pregnancy (partial list)
•    Arnica (homeopathic is fine)
•    Basil
•    Birch (sweet)
•    Bitter almond
•    Boldo leaf
•    Broom
•    Buchu
•    Calamus
•    Camphor (brown or yellow)
•    Cassia
•    Cedarwood/thuja
•    Chervil
•    Cinnamon
•    Clary sage
•    Clove (bud, leaf or stem)
•    Coriander
•    Costus
•    Deertongue
•    Elecampane
•    Fennel
•    Horseradish
•    Hyssop
•    Jaborandi leaf
•    Juniper berry
•    Melilotus
•    Mugwort
•    Mustard
•    Nutmeg
•    Origanum
•    Parsley (large doses)
•    Pennyroyal
•    Pine (dwarf)
•    Rosemary
•    Rue
•    Sassafras
•    Savin
•    Savory (summer)
•    Tansy
•    Thyme red (large doses)
•    Tonka
•    Wintergreen
•    Wormwood

Information taken from : http://www.fitpregnancy.com/pregnancy/fashion-beauty/essential-oils

Carrier Oil (minyak utk melarutkan essential oil): antara minyak boleh guna ialah, jojoba oil, sweet almond oil, sunflower seed oil, minyak kelapa dara yang tidak berbau. Kenapa perlu carrier oil? kerana kalau guna essential oil sahaja, kos membuat tu menjadi mahal.
 
syringe: kita selalu dpt ni bila pegi klinik kan? hehehe, boleh didapati di farmasi kalau nak beli. 

dropper: fida beli dropper ni online, tp beauty supply store spt magicboo ada jual. 

roll on bottle: fida beli dekat daiso sunway piramid. Rasanya boleh dpt di semua cawangan

sekian untuk entry kali ni. till then we meet again
FIDA VANILLA!