Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 1 October 2011

Milo butter cookies

Assalamualaikum dan salam vanilla to all vanilla fans, hari ni fida vanilla nak share satu resipi, well sebenarnya 2 recipes. Satu milo butter cookies recipe, resipi ni saya adaptasi dari basic butter cookies dari mak usu saya, credit to Zaidah Saif yang sudi kongsi rahsia biskut raya dia yang kreatif.

1 cawan butter
1 sudu besar emplex
3/4 gula castor
1 kuning telur
1 sudu kecil fida vanilla - vanilla extract.
( saya suka letak lebih sikit ;-) )

2 cawan tepung gandum or tepung cookie
1 cawan tepung jagung
1 cawan milo
( tepung gandum + tepung jagung + milo, digaul rata dan ayak)
p.s basic butter cookies xde milo, ni saya letak milo sebab ada lebih milo tu yang saya letak dari membazir masuk angin. Pastikan adunan cookie tidak terlalu kering, tidak terlalu mushy(benyek), sbb nak uli and nak tekap guna cookie cutter. Saya x suka kotorkan tgn, saya pipe je adunan bentuk bulat. So nak senang pipe, saya kurangkan adunan tepung.

Cara cara.
1. Preheat oven 175 celcius
2. Butter at room temp, pukul butter dgn emplex hingga kembang, then masukkan gula, pukul, then masukkan yolk, pukul, then masukkan vanilla extract dan gaul hingga sebati.

3. Masukkan adunan tepung, kalau ikut exactly sukatan saya ni, adunan ni boleh terus diuli, dan ditekap guna cookie cutter. Kalau nak pipe macam saya buat, just kurangkan satu cawan tepung gandum smpi ikut senang tangan kita nak pipe. Gaul hingga sebati.

4. Letak atas dulang then bakar selama 10 - 12 minit. Ikut besar mana cookies kita.

5. Enjoy!


Oh ya, apa jadi dgn telur putih kita td ye? Saya buat meringue

Cara cara nya
Oven temp dari 175 celcius turunkan kepada 100 celcius

1. Pukul telur sambil letak secubit albumin powder or garam

2. Bila telur kembang buih mcm showel foam then letak 1 sudu besar gula castor then pukul lagi. Kemanisan terpulang kepada kita tetapi gula menyumbang telur putih menjadi meringue, so ikut budget kita nak manis lebih sikit or kurang manis. Lepas saya letak 1 sb gula td, pukul hingga gula dissolved, letak lg 1 sb gula dan pukul hingga glossy mcm krim putar shaving. Then saya letak vanilla extract and fold supaya nmpk alur alur coklat marble kat meringue.

3. Then scoop guna sudu mkn, macam kita buat jemput jemput letak atas loyang yang dialaskan silicon pad. Sbb senang x melekat mcm kertas minyak.

4. Bakar selama 1 jam 15 minit - 1 jam 30 ikut saiz meringue. Jgnlah smpi hangus, mcm saya hehehe. melayan karenah anak2 pada masa yang sama. Tutup api, biarkan meringue sejuk di dalam oven.

5. Enjoy.

Hope you can benefit from these recipes!

Till then,
Assalamualaikum and salam vanilla from Fida Vanilla