Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 23 July 2011

Sejarah vanilla beans

Assalamualaikum & salam vanilla. Fida vanilla di sini. Sebelum saya memulakan topik saya hari ini, ceh ceh ceh mcm syarahan lah pulak. Saya nak share 1 phrase. "Tak kenal maka tak cinta". Samalah dalam segala hal, sekiranya kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang sesuatu, kita akan kurang menghargai sesuatu. Penghargaan itu adalah dari CINTA. CINTA itu boleh membuatkan kita memahami sesuatu, baik dan buruk. Itulah fitrah duniawi. Kena ada balance, yin dan yang. And that's why saya menceritakan sejarah vanilla beans supaya kita lebih menghargainya sebagai anugerah Allah kepada alam semesta.

Asalnya, pokok orkid vanilla adalah dari Tenggara Mexico yang mana ianya ditanam oleh kaum Totonac Indian. Dan sekitar abad ke 14, kaum totonac dijajah oleh kaum Aztec. Mereka menggunakan vanilla beans sebagai rempah ratus memperisakan minuman coklat. Minuman ini dipanggil xocolatl (coklat) yang bermaksud air yang pahit. Kaum Aztec mengisar koko, vanilla beans dan air hingga menjadi pes dan campur dengan madu dan rempah kayu manis, cili dan halia. Adakalanya ditambahkan lagi dengan jagung kisar untuk memekatkan lagi pes tersebut.



Setibanya 'conqueror' sepanyol, Hernando Cortes, tiba di Mexico pd tahun 1519, pemerintah Aztec, Montezuma, & rakyatnya beranggapan Cortes adalah tuhan yang turun kepada mereka seperti ramalan mereka. Lalu Montezuma menghidangkan minuman coklat tersebut kepada Cortes dan Cortes jatuh cinta dgn minuman tersebut. Disebabkan buah koko boleh dikirakan sebagai matawang Aztec ketika itu, Cortes membuat keputusan utk menanam pokok koko dan pokok orkid vanilla sendiri di Mexico sebagai sumber kekayaannya di Mexico.

Kemudian, tercatat dalam sejarah, Cortes mengalahkan kaum Aztec. Dan pada tahun 1521, dia membawa balik koko dan vanilla beans ke Sepanyol. Namun, kos import terlalu mahal, hanya golongan bangsawan Sepanyol sahaja mampu menikmati minuman coklat ini.



Macam mana Spanish merahsiakan 'emas-emas hijau' ini, akhirnya orang - orang bangsawan perancis mengetahui tentang kewujudan minuman "xocolatl". Koko dan vanilla beans menjadi sesuatu trend terkini pada ketika itu. Cortes mula menanam koko di kepulauan Caribbean, Java, Trinidad & Haiti disamping ladangnya (koko dan vanilla) di Mexico. Dan ini telah menjadikan Cortes mewah kerana hasil bumi dan pemintaan yang tinggi. Ketika itu, hanya orang sepanyol memonopoli pasaran koko dan vanilla beans.

Pada 1602, orang orang Perancis menyedari bahawa vanilla boleh dijadikan satu rasa tersendiri tanpa kehadiran koko. Malangnya, pokok orkid vanilla yang ditanam luar Mexico tidak berbuah kerana lebah Melipona tidak boleh hidup di luar Mexico. Lebah Melipona ini bersama hummingbird yang mensenyawakan bunga orkid hingga dia berbuah.

Namun 2 abad kemudian, pada 1841 di Isle De Bourbon atau Bourbon Island atau nama sekarang Madagascar, 1 teknik senyawa tangan berjaya dihasilkan seorang hamba bernama Edmond Albius dan teknik ini digunakan sehingga hari ini untuk mengembangkan lagi produksi vanilla beans dalam industri pertanian.



So sekarang kita dah tahu sejarah vanilla beans agar kita lebih menghargai anugerah tuhan kepada kita. Sebenarnya saya pening kepala dengan fakta fakta sejarah ini, that's why history is not my favourite subject. :-D apa-apa pun kita kena tahu sejarah agar kita tahu asal usul kita dan lebih memahami orang lain apabila berlaku sesuatu perkara, bukannya mencaci menghakimi just based on our view. Kuasa hakim yang hakiki hanya milik Allah semata mata. Kita cuma membantu yang lain dengan kasih sayang agar dunia ini diuruskan seperti mana kehendak Dia. Sekalian, jumpa lagi on the next entry. Assalamualaikum dan Salam Vanilla.

No comments:

Post a Comment