Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 23 July 2011

Sejarah vanilla beans

Assalamualaikum & salam vanilla. Fida vanilla di sini. Sebelum saya memulakan topik saya hari ini, ceh ceh ceh mcm syarahan lah pulak. Saya nak share 1 phrase. "Tak kenal maka tak cinta". Samalah dalam segala hal, sekiranya kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang sesuatu, kita akan kurang menghargai sesuatu. Penghargaan itu adalah dari CINTA. CINTA itu boleh membuatkan kita memahami sesuatu, baik dan buruk. Itulah fitrah duniawi. Kena ada balance, yin dan yang. And that's why saya menceritakan sejarah vanilla beans supaya kita lebih menghargainya sebagai anugerah Allah kepada alam semesta.

Asalnya, pokok orkid vanilla adalah dari Tenggara Mexico yang mana ianya ditanam oleh kaum Totonac Indian. Dan sekitar abad ke 14, kaum totonac dijajah oleh kaum Aztec. Mereka menggunakan vanilla beans sebagai rempah ratus memperisakan minuman coklat. Minuman ini dipanggil xocolatl (coklat) yang bermaksud air yang pahit. Kaum Aztec mengisar koko, vanilla beans dan air hingga menjadi pes dan campur dengan madu dan rempah kayu manis, cili dan halia. Adakalanya ditambahkan lagi dengan jagung kisar untuk memekatkan lagi pes tersebut.



Setibanya 'conqueror' sepanyol, Hernando Cortes, tiba di Mexico pd tahun 1519, pemerintah Aztec, Montezuma, & rakyatnya beranggapan Cortes adalah tuhan yang turun kepada mereka seperti ramalan mereka. Lalu Montezuma menghidangkan minuman coklat tersebut kepada Cortes dan Cortes jatuh cinta dgn minuman tersebut. Disebabkan buah koko boleh dikirakan sebagai matawang Aztec ketika itu, Cortes membuat keputusan utk menanam pokok koko dan pokok orkid vanilla sendiri di Mexico sebagai sumber kekayaannya di Mexico.

Kemudian, tercatat dalam sejarah, Cortes mengalahkan kaum Aztec. Dan pada tahun 1521, dia membawa balik koko dan vanilla beans ke Sepanyol. Namun, kos import terlalu mahal, hanya golongan bangsawan Sepanyol sahaja mampu menikmati minuman coklat ini.



Macam mana Spanish merahsiakan 'emas-emas hijau' ini, akhirnya orang - orang bangsawan perancis mengetahui tentang kewujudan minuman "xocolatl". Koko dan vanilla beans menjadi sesuatu trend terkini pada ketika itu. Cortes mula menanam koko di kepulauan Caribbean, Java, Trinidad & Haiti disamping ladangnya (koko dan vanilla) di Mexico. Dan ini telah menjadikan Cortes mewah kerana hasil bumi dan pemintaan yang tinggi. Ketika itu, hanya orang sepanyol memonopoli pasaran koko dan vanilla beans.

Pada 1602, orang orang Perancis menyedari bahawa vanilla boleh dijadikan satu rasa tersendiri tanpa kehadiran koko. Malangnya, pokok orkid vanilla yang ditanam luar Mexico tidak berbuah kerana lebah Melipona tidak boleh hidup di luar Mexico. Lebah Melipona ini bersama hummingbird yang mensenyawakan bunga orkid hingga dia berbuah.

Namun 2 abad kemudian, pada 1841 di Isle De Bourbon atau Bourbon Island atau nama sekarang Madagascar, 1 teknik senyawa tangan berjaya dihasilkan seorang hamba bernama Edmond Albius dan teknik ini digunakan sehingga hari ini untuk mengembangkan lagi produksi vanilla beans dalam industri pertanian.



So sekarang kita dah tahu sejarah vanilla beans agar kita lebih menghargai anugerah tuhan kepada kita. Sebenarnya saya pening kepala dengan fakta fakta sejarah ini, that's why history is not my favourite subject. :-D apa-apa pun kita kena tahu sejarah agar kita tahu asal usul kita dan lebih memahami orang lain apabila berlaku sesuatu perkara, bukannya mencaci menghakimi just based on our view. Kuasa hakim yang hakiki hanya milik Allah semata mata. Kita cuma membantu yang lain dengan kasih sayang agar dunia ini diuruskan seperti mana kehendak Dia. Sekalian, jumpa lagi on the next entry. Assalamualaikum dan Salam Vanilla.

Sunday, 17 July 2011

Apa itu vanilla bean?

Assalamualaikum dan salam vanilla. Fida vanilla di sini. Seperti saya janjikan tempoh hari pada status fb, nak buat kajian georafi antarabangsa, hehehe, vanilla bean. Banyak persoalan tentang apa itu vanilla bean. Apa kepentingan dia di dalam resipi kita. So, here goes.
Before anything else, for your information vanilla essence only contains 10% of vanillin flavor whereas vanilla beans have of course vanillin, vitamin B complex, minerals and so much more nutritions. In the next entry i will elaborate more on nutritions. But now focusing on what is vanilla bean?
saya pun baru tahu kewujudan vanilla bean ni melalui channel afc. Chef chef guna, sy tgk wow, ok tp x teringin nak guna until it all started when i try nk jinak ke dlm dunia baking and cakery(is that what you call it? ). I was in the midst of finding fully halal certified by jakim baker's portion of vanilla essence kat bakery supply store but you know these suppliers dorg, almost all susah nak tunjuk sijil halal vanilla essence bila kita minta. Dorg cuma ckp halal je. Tu yg i search di internet of vanilla extract recipe with hard work, finally i found the extract recipe doesn't use alcohol that you can make your own. So, long story short, i've involved myself in the business of vanilla beans since it's really hard to find vanilla beans here in kl. kalau ada pun, quality out.
Vanilla beans adalah buah yang dihasilkan oleh pokok orkid vanilla planifolia. Pokok orkid ini adalah satu-satunya jenis orkid yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Pokok ini menghasilkan bunga. Dan bunga ini harus disenyawakan samada menggunakan tangan (human labour) atau serangga. Of course for mass production and due to geographical factor that the insect doesn't live outside mexico, hand pollination atau persenyawaan menggunakan human labour itu menyumbang factor pertama harga vanilla beans mahal. Bunga orkid tu bila dah kembang cuma bertahan sehari untuk disenyawakan. Kalau tidak disenyawakan, bunga itu akan layu dah tidak menghasilkan buah. So terpaksalah tunggu tahun depan utk dia berbunga lg.
setelah persenyawaan berjaya, maka buah vanilla bean akan terhasil. Rupanya mcm kacang buncis yang panjang dan belum develop lagi bau wangi vanilla. Untuk menghasilkan wangian vanilla, kacang kacang ni haruslah melalui curing or killing process. So far saya jumpa 2 jenis process iaitu bourbon kill dan mexican style kill. Killing process ini akan menghasilkan 2 rasa vanilla berbeza. Vanilla pun ada variety vanilla rupanya, bkn hanya satu jenis rasa vanilla yang kita biasa bau tu.
Bourbon kill di mana vanilla bean fully grown tp belum ranum dipetik dan direbus dalam air panas dan kemudian dijemurkan dan dibungkuskan selama tempoh tertentu untuk sehingga vanilla bean menjadi lembap. Kemudian diasingkan mengikut grade. Killing process ini di panggil bourbon method yang menghasilkan bourbon vanilla beans yang baunya seperti classic vanilla kita bau- buttery sweet. Ia dipanggil bourbon kerana method ini berasal dari french bourbon island yang sekarang dipanggil madagascar. Ia tidak ada kena mengena dgn nama arak bourbon itu. Dan madagascar vanila bean adalah vanilla beans are sought after in the vanilla world market. & i'm pround to say that Fida Vanilla - Vanilla Beans supply madagascar bourbon vanilla beans from the Muslim farmers in Madagascar.
Method lg satu ialah, mexican kill atau sun kill. Method ini asal dr mexico yang buah vanilla bean itu dijemur di bawah terik matahari kemudian diperap jemur bungkus utk tempoh tertentu sehingga dia jd lembap. Sy belum ada rezeki nak beli mexican vanilla beans tp berdasarkan info yang saya refer tentang mexican vanilla beans, mexican vanilla bean is more spicier, woodier taste than the buttery sweet bourbon vanilla beans. Spesis orkid nya sama planifolia cuma method beza menghasilkan rasa yang berbeza.
Untuk tahitian vanilla beans or tahitensis, ia adalah species mutasi orkid planifolia dan berasal dari Tahiti. Namun ia lebih byk ditanam di Papua New Guinea. Bezanya tahitensis, buahnya dibiarkan masak pada pokoknya and hingga merekah sedikit dihujungnya kemudian dijemur diperap bungkus sehingga dia menjadi lembap mengikut kriteria. Tahitensis or tahitian, rasanya lebih floral, fruity.
Saya suka guna tahitensis utk minuman saya seperti teh o, nescafe o, sunquick, rasanya lebih compound lebih menyeluruh dan intensified. Manakala madagascar bourbon vanila beans, saya suka menggunakannya utk resipi yang ada dairy products. Be it butter, cream, milk and so on. Saya pun guna vanilla beans untuk masakan saya. Ayam goreng vanilla bean dgn thyme. Bau vanilla itu tiada tp dia rasa lg compound lebih menyeluruh.
As you can see, proses2 sebegini yang menyebabkan vanilla beans menjadi mahal tambahan ia memang digunakan seluruh dunia utk memperisakan makanan dan juga minuman kita.
So how would you prefer your vanilla beans to be? Is it bourbon or tahitian? Try both. Becaue you might be surprised to the ones you prefer. So far, my personal point of view, bourbon vanilla beans always remind me of the rokok kretek my late great grandmother used to smoke when i was in my childhood dan tahitian intensifies my nescafe sudahnya xde rasa that signature taste nescafe tp more complex taste of coffee.
want to buy vanilla beans in malaysia? Look no further! Just click like at my facebook page badge fida vanilla - vanilla beans and you can get like price for an unreasonable cheap price of madagascar vanilla beans.


Rupa vanilla beans


Rupa bunga orkid vanilla.


Buah Vanilla beans


Prime or gourmet grade A Madagascar Bourbon Vanilla Beans by Fida Vanilla - Vanilla Beans.

Sunday, 10 July 2011

Cream cheese icing with vanilla bean

Assalamualaikum, salam vanilla. Fida vanilla here. semalam i update dlm fb status sy buat cream cheese icing with vanilla untuk my red velvet cake filling.
As promised, Ni dia recipe cream cheese icing tu.

Ingredients
448 g cream cheese, softened
115 g butter, softened
250 g sifted confectioners' sugar
5 ml vanilla extract or 1 vanilla bean madagascar bourbon.

Directions
In a medium bowl, cream together the cream cheese and butter until creamy. Mix in the vanilla, then gradually stir in the confectioners' sugar. Store in the refrigerator after use.

Anyway, i halved the recipe to suit my 8 inch cake. This is meant for filling only. Kalau nk crumb coat or nk ice the cake. I just use buttercream. Because cream cheese mahal ingredient dia. And cake decorators use this only for filling and the rest buttercream.

By the way, if you want to buy vanilla beans and halal vanilla extract. You can buy it from fida vanilla - vanilla beans and click like at her page to get cheaper price. I alsi attached the pictures flr yur reference.