Buy Vanilla Beans Here

Tuesday, 15 March 2011

Cara penggunaan Vanilla Ekstrak

Hari tu saya kongsi bersana resipi bagaimana hendak membuat sendiri vanilla ekstrak mudah, murah dan dijamin halal.
Hari ini saya hendak berkongsi bersama para pembaca dengan cara penggunaan vanilla ekstrak tersebut dengan petua petua yang bermanfaat untuk anda. 

  • Tapis vanilla ekstrak anda dengan penapis kopi (coffee filter cloth) sekiranya anda tidak mahu batang vanilla dan cebisan pulpa masukkan ke dalam kesipi kita. Hanya hendak menggunakan ekstraknya sahaja.
  • Tapis menggunakan penapis biasa sekiranya anda menginginkan biji vanilla itu berada di dalam resipi anda. 
  • Hendak membuat kelainan rasa vanilla ekstrak anda. Campur adukkan beberapa jenis vanilla beans di dalam resipi anda. Misalnya: mengikut resipi yang saya kongsi bersama adalah 16 batang vanilla beans untuk membuat anggaran 2 cawan ekstrak. Maka, campurkan 8 batang Madagascar Bourbon Vanilla Beans dengan 8 batang Tahitian Vanilla Beans. Ia akan menghasilkan bau dan rasa yang unik. Kerana Bourbon Vanilla Beans adalah bau yang kita biasa bau dalam vanilla ektrak, (buttery sweet), manakala Tahitian Vanilla Beans adalah bauan bunga yang akan lekat di lidah kita.
  • Proses ekstrak akan tetap berlangsung hingga 6 bulan selepas kita buat vanilla ekstrak. Dan selepas 6 bulan, vanilla beans akan habis diekstrak, atau bahasa pasarnya dihabis gunakan. Tapis keluar batang batang vanilla beans, keringkan batang tersebut (jangan buang! Kerana ia masih mengandungi kewangian), blender dalam coffee grinder agar menjadi serbuk yang halus, dan letaklah serbuk vanilla beans ke dalam gula dan juga garam. Gula anda menjadi wangi, garam anda menjadi pengganti pak aji. 
  • Sapu Vanilla ekstrak pada tangan anda sebelum menyiang ikan atau apa apa sahaja yang berbau hanyir. Bau hanyir tersebut tidak akan melekat pada tangan anda. 
  • Seeloknya peralatan digunakan untuk menghasilkan vanilla ekstrak adalah peralatan yang khas untuk itu. Sekiranya anda tidak ada peralatan tersebut, maka peralatan itu boleh distimkan selama 30 minit untuk menghilangkan segala bau bawang, ikan sebagainya dari papan pemotong tersebut. Percayalah, kalau anda tak prihatin langkah ini, vanilla ekstrak anda akan bercampur baur baunya. Sebab saya mengalaminya semasa menghasilkan vanilla ekstrak pertama saya. Selepas itu, saya terus guna peralatan khas untuk membuat vanilla ekstrak. Alhamdulillah, saya cuma bau vanilla sahaja, tidak ada ikan, daging, ayam dan macam macam lagilah...
  • Selamat menghasilkan vanilla ekstrak dari rumah!
Ini adalah link resipi membuat vanilla ekstrak halal, mudah & murah.

Want to buy Vanilla Beans? Look no further, just drop by at my shop. FREE DELIVERY WITHIN MALAYSIA!

FIDA VANILLA

No comments:

Post a Comment