Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 26 February 2011

Mari membuat Homemade Vanilla Ekstrak Tanpa Alcohol

Resipi Vanilla Extract Tanpa Alkohol 

Tidak ada yang lebih mudah dan murah dari membuat sendiri vanilla estrak yang asli. Kebanyakan Vanilla estrak yang terdapat di kedai amat musykil kandungan kerana pembuatan vanilla ekstrak yang asli memerlukan alkohol untuk mengekstrakkan rasa vanilla tersebut manakala essence atau pun vanilla adalah perasa tiruan yang hanya mengadungi kurang dari 10% dari rasa sebenar vanilla.
Berikut adalah resipi tersebut:


     16 vanilla beans
     1 1/2 cawan glycerin
     1/2 cawan air suam
     Balang Kaca kedap udara
  1. Potong sepanjang vanilla bean di bahagian tengah vanilla bean sehingga menjadi 2 bahagian
  2. Keluarkan biji-biji vanilla atau caviar menggunakan hujung pisau anda.
  3. Masukkan biji-biji vanilla tadi di dalam balang kaca.
  4. Gunting batang-batang vanilla tersebut kepada 4 bahagian and masukkan jugak batang -batang tersebut ke dalam balang yang sama tadi. Ini untuk memaksimakan hasil vanilla estrak
  5. Masukkan glycerin dan air suam ke dalam balang tersebut.
  6. Goncang! Goncang! Goncang! sekuat hati setiap hari untuk minggu pertama.
  7. Minggu ke 2 - ke 4, goncang 2 - 3 kali seminggu.
  8. Simpankan di dalam cupboard yang gelap, tidak terdedah kepada cahaya matahari.
  9. Selepas lebih kurang sebulan, (saya punya ekstrak tak makan masa sampai sebulan pun) Estrak anda dah siap untuk digunakan apabila dia mencapai warna coklat gelap keemasan (dark golden amber) bila dilihat balang itu di bawah cahaya matahari. 
  10. Untuk menggunakan, tapiskan vanilla ekstrak tersebut menggunakan penapis kopi sekiranya anda mahu gunakan ekstraknya sahaja atau penapis biasa sekiranya anda mahu vanilla beans tersebut berada di dalam masakan anda atau kek anda atau sebagainya. (saya suka letak kat dalam minuman nescafe saya, berbau harum bunga)
  11. Tidak ada tandingannya dengan vanilla ekstrak. Anda akan dapati perbezaan di dalam resipi anda apabila guna vanilla ekstrak berbanding vanilla essence atau flavor.
  12. Jangan lupa labelkan tarikh supaya anda tahu ekstrak dibuat pada hari apa.

Want to buy Vanilla Beans? Look no further, just drop by at my shop. FREE DELIVERY WITHIN MALAYSIA!

FIDA VANILLA

2 comments:

  1. I nk beli vanila tp xd fb la.. Cmne ye

    ReplyDelete
  2. asslmlkm fida vanilla...brapa lama boleh simpan hmade vanilla xtract? dlm fridge or room tempt?

    ReplyDelete