Buy Vanilla Beans Here

Thursday, 10 April 2014

Diy elsa dress project

Assalamualaikum, ini adalah dedication entry to my neighbour cum urut lady cum sometimes look after my children when my husband and I have to attend meetings & seminars. She is Kak Ani
Hari tu, pergi rumah kak ani, tetiba termasuk topik frozen. Then suddenly dua dua keluar mentol atas kepala. Jom buat baju elsa utk aisyah nak? Fida ok je. Tp x pandai jahit, so kak ani mmg suka jahit. Ok x pe, fida beli kain. Then fida bg kak ani. Sekali jeng jeng jeng ..... keluarlah hasil begini

Saturday, 8 March 2014

Pray For Missing MH370

Pada tanggal 8-3-2014, Malaysia dikejutkan dengan berita yang amat sedih & hiba sekali.
Hilangnya MH370 dari radar secara tiba-tiba.
Tanpa sebarang tanda -tanda kehilangannya.
Sebagai rakyat Malaysia, fida memang amat terkesan sekali dengan kehilangan ini.
Kerana fida bangga dengan Malaysia Airlines,
fida suka sangat layanan yang diberikan oleh cabin crew Malaysia Airlines.
Pengalaman pertama fida naik kapal terbang adalah Malaysia Airlines.

yang membuatkan fida amat terasa sedih & hiba sekali, apabila fida terbaca satu blog, mengenai message yang dihantar dari menara kawalan kepada pesawat MH370,
http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/03/mesej-sayu-buat-pesawat-mh370-dari.html


Apa yang kita ada sekarang ini, adalah doa sebagai senjata untuk kembalikan mereka ke pangkuan keluarga & orang tersayang. 

Fida terjumpa amalan doa untuk kembalikan orang atau barang yang hilang.
Semoga ikhtiar doa tersebut, diterima & dimakbulkan oleh Allah, agar penantian & pencarian ini cepat bertemu penyelesaiannya. Amin


Amalan dan Doa untuk Mengembalikan Orang Hilang

Amalan dan doa ini saya mengutip dari kitab Mujarrabat Imamiyah. Salah satu kitab kumpulan tajribiyah (eksperimen) ilmu-ilmu dari Imam Ali bin Abi Thalib (sa). Penulisnya Allamah Sayyid Muhammad Ridha Ar-Ridhawi An-Najafi, salah seorang ulama besar, alim dan wara’, keturunan Rasulullah saw dari jalur silsilah Imam Ali Ar-Ridha (sa). Amalan dan doa yang ada dalam kitab ini telah tajrib, dieksperimen, oleh para ulama dan kaum mukminin. Tentunya agar amalan dan doa ini mujarrab, harus didasari oleh keyakinan yang kuat dan niat yang baik serta ikhlas.
Tentang amalan untuk mengembalikan orang hilang atau barang hilang, kitab ini menyebutkan tujuh macam, antara lain:
1.  Allamah Sayyid Nikmatullah Al-Jazairi (ra) mengatakan kepada sebagian sahabatnya: jika doa ini didawamkan, dibaca secara istiqamah, dapat mengembalikan orang atau sesuatu yang hilang. Doanya sebagai berikut:

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ، اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ
Yâ Jâmi’an nâsi liyawmin lâ rayba fîhi, innallâha lâ yukhliful mî’ât, ijma’ baynî wa bayna …
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….”
Dengan doa ini, Allah swt akan mengumpulkan kembali Anda dengan orang, saudara, atau sesuatu yang hilang. (Mujarrabat Imamiyah: 214)
Catatan: pada titik-titik tersebut sebutkan nama orang yang hilang.
2.  Allamah Sayyid Muhammad Ar-Ridhawi mengatakan: hendaknya Anda membaca zikir berikut ini setiap sesudah shalat Isya’ sebanyak (125 kali):

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ بِقُدْرَتِكَ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ بِحَقِّكَ، بِحُرْمَتِكَ، بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ.
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad, lâ ilâha illallâhu biqudratika, lâ ilâha illallâhu bihaqqika, bihurmatika, birahmatika yâ Arhamar râhimîn, Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad.
“Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, tiada Tuhan selain Allah dengan kekuasaan-Mu, tiada Tuhan selain Allah dengan hak-Mu, dengan kemuliaan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi; ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.” (Mujarrabat Imamiyah: 215).
3. Salah satu Keutamaan dan Rahasia surat Abasa, surat ke 80.
Penulis kitab ini mengutip dari kitab Minhâjul ‘Arifîn, suatu riwayat menyebutkan bahwa membaca surat ‘Abasa mujarrab untuk mengembalikan sesuatu yang hilang. Yakni sesudah membaca surat Abasa membaca doa berikut:
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ، اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ …
Yâ Jâmi’an nâs liyawmin lâ rayba fîhi innallâha lâ yukhliful mi’ât, ijma’ baynî wa bayna …
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya tidak Allah pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….” (Mujarrabat Imamiyah: 215)
Disini perlu saya jelaskan bahwa surat dan ayat Al-Qur’an memiliki makna lahir dan makna batin. Di antara makna batinnya adalah kandungan rahasia dan keutamaan di dalamnya untuk hal-hal tertentu, tentunya untuk tujuan yang baik dan positif. Memang kadang-kadang nampaknya antara makna lahir dan makna batin suatu surat Al-Qur’an dan seolah-olah tidak saling berkait. Tetapi sejatinya itu bukan tidak saling berkait, itu jelas berkaitan, hanya saja karena keterbatasan ilmu kita tentang makna Al-Qur’an secara lahir dan batin. Buktinya setiap surat Al-Qur’an memiliki keutamaan sebagimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis Nabi saw dan Ahlul baitnya (sa).


#prayformh370
#fidavanilla
www.fidavanilla.com

Saturday, 1 March 2014

"Heat Stress" dan tip-tip menghindari "Heat Stroke"

Assalamualaikum & salam vanilla, baru - baru ini, suhu semakin meningkat di Malaysia. Fida pun antara pernah mengalami heat stroke. ( Antara kesan -kesan 'heat sroke': pening migraine melampau, muntah-muntah sepanjang hari, pengsan, badan panas seakan demam & sebagainya) 

Gambar adalah dari www.10news.com

Apa yang fida nak share adalah cara untuk elakkan heat stroke, & sejukkan suhu badan anda. 

11 tip - tip untuk elakkan 'heat stroke'
1. pakai baju yang longga & warna yang cerah

2. sentiasa tengok kadar suhu, sekiranya suhu meningkat, elakkan berada di luar rumah. 

3. lindungi kulit anda dari matahari dengan menggunakan krim pelindung matahari. sekiranya berada diluar, pastikan kita tutup kepala kita dengan topi atau payung untuk menyejukkan kepala kita. Elakkan pancaran matahari terus ke kepala agar kepala kita terlindung & sejuk. ( Apabila kepala panas, ia akan menaikkan suhu badan, menyebabkan kita migraine sepanjang hari - pengalaman fida sendiri, smpi muntah muntah.) 

4. Banyakkan minum air masak. walaupun tidak haus, pastikan minum air masak. Ini adalah untuk menyejukkan badan anda & boleh membantu bagi mengelakkan heat stroke

5. NO NO NO minuman berkafein ( kopi & teh - wah!!!!! fida suka kopi & teh) & serta beralcohol ( untuk yang bukan muslim ). kerana minuman sebegini tidak akan menghilangkan haus anda, ia akan membuatkan suhu badan semakin meningkat. 

6. Makan buah-buahan serta sayur-sayuran sebelum memulakan aktiviti sukan

7. Elakkan untuk duduk di dalam kereta ketika di parkir kereta. Adalah lebih sejuk berteduhkan pokok di padang, dari duduk di dalam kereta ketika diparkir. walaupun kereta dipasang hawa dingin.( ingat tak kes-kes kanak-kanak meninggal ketika ditinggalkan di dalam kereta? Nauzubillah )

8. Elakkan untuk berada di dalam kawasan sesak, kerana bila terlalu sesak, ia akan menjadi lebih panas, apabila heat stroke berlaku, maka antara situasi yang kita hadapi apabila seseorang akan pengsan dari kesan heat stroke tersebut

9. Kerap berhenti seketika ketika melakukan aktiviti luar rumah. seperti berkebun, bertukang, atau apa aktiviti berjemur, sentiasa berehat seketika sebelum sambung balik bagi sejukkan badan anda. 

10. Jadualkan aktiviti agar dilakukan pada waktu kurang panas. Lazimnya waktu panas berlaku anta 10 pagi hinggi 6 petang. cuba 'adjust' aktiviti tersebut agar dilakukan sebelum tempoh itu, atau lepas tempoh itu. sekiranya tidak dielakkan, maka ikutilah saranan berpayung & banyakkan minum air masak ketika aktiviti waktu panas. 

11. Tanya doktor anda sekiranya anda mempunyai kondisi kesihatan atau situasi perubatan yang cenderung ke arah heat stroke, adalah penting untuk ketahui samada ubat yang anda ambil turut menaikkan suhu badan atau tidak 

tip-tip ini diterjemahkan dari http://www.wikihow.com/Prevent-Heat-Exhaustion, agar kita dapat menjaga tubuh badan kita, kurangkan sakit, lebihkan sihat, lebihkan produktiviti.  

Semoga bermanfaat
Fida Vanilla 
+60132877769
www.fidavanilla.com




Friday, 21 February 2014

How To: Garam Mandian ala Aromaterapi

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu, pada entry blog kali ini, Fida nak share tentang membuat garam mandian ala aromaterapi. 
Kita semua sudah mengetahui manfaat & kebaikan mandi air garam. Apa kata kita 'upgrade' sedikit garam mandian kita dengan wangian semulajadi Aromaterapi sekaligus memberi manfaat kepada kita. :)
Bagi yang ingin mengetahui manfaat & kebaikan garam bukit mengikut perubatan Islam : sila tekan sini. 

Untuk resipinya : 
Ini adalah salah satu cara untuk buat garam bukit mandian ala aromaterapi. 
essential oil yang digunakan adalah (lebih kurang) 10 titis lavender, 2 titis peppermint & 10 titis lemon. 

Manfaat di dalam aromaterapi: 
Lavender ( mengurangkan stress )
Lemon ( naikkan mood gembira ), 
Peppermint ( untuk kesegaran )

Cara guna: 
penuhkan air di dalam baldi tinggi lutut, kemudian masukkan 4 sudu besar garam bukit, kacau lawan arah jam, niatkan yang baik baik, kemudian mandi air garam pada bilasan terakhir. ( seeloknya pada waktu dhuha atau selepas tengah malam ) 

Semoga bermanfaat.
:) 
#fidavanilla
www.fidavanilla.com
+60132877769
Video tutorial: Bagaimana fida membuat garam mandian bukit ala Aromaterapi
Rupa garam bukit untuk mandian, saiz ideal adalah kasar sebegini.

Masukkan essential oil di dalam bekas garam
Fida guna sudu ini untuk menyukat garam mandian fida. 

Wednesday, 29 January 2014

Jom buat sendiri: Krim ruam lampin DIY

Assalamualaikum & salam vanilla,
apa khabar semua vanilla fans? Kebelakangan ini, Fida didedahkan oleh situasi yang dihadapi pelanggan-pelanggan fida dari kalangan ibu muda, :) , mereka bertanyakan apakah produk paling elok & natural untuk merawatinya ruam lampin bayi bayi mereka? Kerana ramai mula sedari bahawa terdapat steroid di dalam krim anti ruam lampin. ('Huh? biar betul' dalam hati fida. )

Fida pun buat beberapa research untuk DIY krim anti ruam lampin. Antaranya memerlukan bahan yang penting.

1. Zinc oxide. bahan galian. agak susah nak cari.

2. Oatmeal. ye, oatmeal boleh digunakan. kisar oatmeal sehingga betul betul halus & masukkan ke dalam DIY salve kita nanti.

3. Kaolin clay, pun bertindak mengeringkan kelembapan. itu yang kita perlukan. Ruam menjadi lebih teruk bila kawasan kekal lembap terlalu lama.

4. Beeswax ( lilin lebah ), bertindak memulihkan kulit rekahan & luka, & memberikan satu lapisan melindungi kulit dari terdedah kepada ruam

5. Shea Butter. elok untuk kulit ruam kerana ruam sebenarnya gatal, ia digunakan untuk mengurangkan kegatalan kulit.

6. Cocoa butter - memulihkan kulit sensitif. Lazimnya kulit mempunyai ruam adalah kulit yang sensitif, maka ccoa butter dapat mengurangkan kerengsaan kulit sensitif. lazimnya eczema & dermatitis.

7. Aloe Vera - Menyejukkan rengsa kulit ruam hampir segera. betul, fida mempunyai pengalaman kulit kering & ruam, adakala kulit tersebut menjadi terlalu panas. maka apabila fida sapu aloe vera gel. Alhamdulillah ia menyejukkan kulit. Kerengsaan pun berkurang.

Anda boleh hasilkan sendiri krim ruam lampin menggunakan kesemua bahan di atas. ( untuk zinc/kaolin clay/oatmeal, guna salah satu sahaja dari produk ini kerana kuat dalam mengurangkan kelembapan & kita tidak mahu kulit anak-anak kita menjadi terlalu kering )

ataupun anda boleh guna resipi fida jumpa di internet.

           Resipi Krim Anti Ruam Lampin
  • 75gram lilin lebah atau beeswax
  • 1/4 cawan tambah 2 sudu besar minyak kelapa
  • 30gram shea butter 
  • 2 sudu besar cocoa butter
  • 2 sudu besar (kaolin clay/ zinc oxide/ oatmeal dikisar halus)

  1. Larutkan semua di dalam mangkuk
  2. guna method double boiling
  3. setelah semuanya lebur (melted), gaulkan ia sehingga semua sebati. 
  4. Masukkan ( kaolin clay/zinc oxide/oatmeal & gaulkan hingga sebati tidak bergentel)
  5. tuang ke dalam bekas, biarkan ia sejuk.
  6. Sapu ke tempat ruam. insyaAllah ia akan mengurangkan kesan ruam pampin. 
  7. Sesekali pakai aloe vera gel, tunggu hingga kulit meresap kesemua gel tersebut hingga kering & sapu kembali krim anti ruam ini. :)
Semoga Bermanfaat! 
Salam Vanilla, 
Fida Vanilla
www.fidavanilla.com 

Enjoy!





Thursday, 26 December 2013

Empty magnetic eye shadow palette

Assalamualaikum & salam vanilla,
Hari ni fida nak share eye shadow palette,
Ianya magnetic pad. So kita boleh letak eye shadow pan ikut warna apa kita suka.
Atau warna lipstick kita suka. :)

Yg ni muat 11 pan saiz 26mm atau 6 pan saiz 36mm

Harga tidak termasuk penghantaran & pan kosong.

Fida beli extra. Kalau berminat, boleh hubungi fida di 013 2877769. 

Sunday, 3 November 2013

Whipped Tahitian Vanilla Bean Butter Recipe

Assalamualaikum & Salam Vanilla kepada semua vanilla fans, 
Hari ni fida nak share recipe whipped tahitian vanilla bean butter. 

sedap sgt bila kita buat roti bakar dgn butter ini. :)
125 gram mentega
1 batang tahitian vanilla bean
3 sudu besar gula icing

Cara-caranya: belah vanilla bean, keluarkan isinya di dalamnya menggunakan belakang mata pisau. masukkan 125gram mentega, isi vanilla beans tersebut. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan gula icing hingga kesemuanya sebati. 

masukkan ke dalam mangkuk, & masukkan ke dalam peti ais, bila nak guna, keluarkan & biarkan lembut, & sapu di atas roti putih atau roti butterscotch. 

nak lagi best, lepas sapu tu, bakar di dalam preheated oven 200 celcius selama 5 minit atau hingga keperangan. Jamu ketika panas bersama teh O atau teh Vanilla bean. 

Selamat menjamu selera
Selamat mencuba!

Salam Vanilla 
Fida Vanilla
website fida: www.fidavanilla.com

Bahan-bahan yang digunakan

Mentega 125g, lebih kurang 1/2 buku mentega :)
Biji Vanilla Beans yang dikeluarkan menggunakan belakang mata pisau. 

Vanilla Beans yang dimasukkan bersama dengan mentega sebelum dipukul

Vanilla Bean yang dikeluarkan isinya boleh dimasukkan ke dalam balang gula atau garam, wangi!!!!!
Setelah mentega dipukul bersama vanilla beans, tujuan diletakkan awal adalah utk memastikan biji vanilla bean tidak berkumpul setempat. 

Hasilnya setelah dicampurkan gula icing. 
Masukkan ke dalam mangkuk kecil. Simpan dalam peti ais. boleh guna dalam masa 2 minggu. :)